Pekerja yang handal adalah pekerja yang berilmu
Pekerja yang handal adalah pekerja yang berilmu
Sejak saya berada dalam lapangan kerja praktikal-teknikal ini, saya mencari mentor atau rujukan insan secara aktif. Teknik pertama adalah melalui menyertai yahoogroups yang disertai oleh ramai jurutera logam atau metallurgis serata dunia. Antara yang saya ikuti juga beberapa yahoogroups dari Amerika Syarikat dan Iran. Dalam banyak-banyak yahoogroups berkenaan akhirnya ada beberapa jurutera dan metalurgis Indonesia berminat membantu saya dalam menyelesaikan pekerjaan saya di kilang.
Berbeza rujukan melalui pensyarah universiti dengan rujukan dari individu yang bergiat aktof dalam lapangan kerja logam bertahun-tahun. Mereka kenal spesifikasi aloi dan logam secara mendalam dan tahu ‘perangai’ besi berkenaan.
Baru-baru ini saya berkenalan pula dengan Mr Bhuvaniswara iaitu metalurgis dari India. Beliau bekas metalurgis di kilang saya semasa diera pentadbiran Australia (Bredken). Melalui beberapa staf India lama saya berjaya menghubungi beliau melalui SMS dan email. Betapa dedikasinya beliau ini dapat dilihat sebarang SMS berkaitan persoalan rawatan haba, spesifikasi aloi, teknik perleburan dan mikrostruktur, beliau akan terus membalasnya tanpa tangguh. Boleh dikatakan setiap hari saya mendapat balasan email daripadanya. Saya bayangkan bagamana sukanya sikap beliau kepada sesiapa yang berminat dengan ilmu pekerjaan sendiri walaupun kami berlainan agama.bahkan jika nasihat yang sama beliau berikana kepada syaraikat-syarikat secara formal, beliau boleh menuntut seberapa bayaran yang cukup lumayan.
Bagi saya beliau kini adalah guru saya mengenai besi.
Frizt machlup dalam bukunya bertajuk The Production And Distribution Of Knowledge in The USA (1962) menyatakan perinsip beliau iaitu ilmu adalah sumber kepada kemajuan ekonomi, Ilmu adalah asas kepada perkembangan ekonomi. Ya, bagi staff bukan Islam di kilang ini, persaingan saya dengan mereka ialah melalui siapa paling pandai dan siapa paling boleh selesaikan masalah. Ilmu ini mereka anggap sebagai cara saya meningkatkan ekonomi saya itu sahaja.
Dalam beerapa tulisan saya yang lalu saya ada nyatakan usaha dan sikap saya untuk mensaintifikan pekerja kilang saya. Malah saya bawa satu budaya ingin menyelidik sesuatu konsep sains secara terperinci. Leanne Whicker telah menyenaraikan beberapa ciri utama pekerja yang berlandaskan ilmu.
1. Pemikir konseptual yang handal.
2. Mengaplikasikan konsep menurut konteks sendiri.
3. Keghairahan dan ingin tahu mengenai pembelajaran.
4. Menghargai pendidikan formal tetapi lebih menghargai pengalaman bekerja sebagai guru utama.
5. Senantiasa meningkatkan keupayaan diri.
6. Menghargai kerjasama dan hubungan sesama team work (tenaga kerja).
Saya kini menghubungi pelajar pelatih kejuruteraan UNIMAP yang pernah berlatih di kilang saya. Saya ingin meminta bantuan beliau meminjam dan menyalin beberapa buku rujukan (handbook) berkaitan rawatan haba untuksaya gunakan. Dahulu buku sebegitu yang mahal-mahal da tebal-tebal belaka pernah saya jumapi dengan mudah di UM. Namun saya langsung tidak mengetahui cara menggunakannya. Membaca memang mudah. Tetapi membaca untuk mengguna adalah sukar. Lantaran itu ada satu konsep membaca yang mahapenting iaitu hanya si pandai sahaja yang pandai membaca. Si pandai bukan hanya pandai mengeja tetapi pandai dalam ilmu buku yang sedang dibacanya. Barulah buku tersebut dihargai dan dipandang mulia oleh si pandai berkenaan. Si jahil pula lancar membaca, fasih berbahasa Inggeris tetapi ditakdirkan jahil ilmu jurutera berkenaan. Sia-sialah beliau mengepit buku tersebut ke hulu ke hilir.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ipoh Perak 1/9/09
0 comments:
Post a Comment