Dahulu bertugas sebagai Metallurgist di sebuah kilang swasta antarabangsa di Ipoh. Pengkhususan tugas dalam bidang 'melting' perleburan keluli dan besi, rawatan haba (heat treatment), failure analysis (kajian kegagalan logam).

Kemudian bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang magnesium smelting, bertanggungjawab dalam pengawalan proses utiliti dalam seksyen boiler (dandang),
jet vacuum pump, LPG dan compressed air system.

Kembali ke kilang lama sebagai Moulding Engineer (Head Of Department).....dunia logam dunia kerja saya...

Selepas itu berhijrah ke dunia Elektrokimia sebagai Production Engineer di Yuasa Battery. Masih dalam bidang metalurgi iaitu mendalami tabiat plumbum dan beberapa logam seperti antimoni dan Tin.

Menyediakan laman ini untuk bekalan bahan kajian dan bacaan kejuruteraan logam dalam bahasa melayu. Menjunjung aspirasi kejayaan tamadun negara bangsa melalui penataran bahasa eka, Metalurgis-Melayu akan bekerja ke arah itu. Terdapat mungkin beberapa laopran kerja saya akan diubah bahasa daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Moga ia dimanfaatkan.

Thursday, September 18, 2014

Contoh Muqaddimah laporan penyiasatan masalah yang saya buat - Dry Charge Battery Performance Issue

Dry Charge Battery Performance Issue
Prepared by : Nuruddin ( Production Engineer)
Date : 28th Jan 14

Dry Charge battery should  perform cranking performance more than 60 days.



Theoretical:

A. Control at dryer positive
  1. Dry-charged batteries suffer the most energy losses after formation, while the wet-charged batteries are less affected.
  2. Thermopassivation
    1. Discharge voltage of the battery decreased with increase of the drying temperature.

(1) 25-80 C = low temperature region. The plates retain their energy, in terms of both mean discharge voltage and discharge time.

(2) 80-220 C = thermopassivation region. Thermopassivated plates retain their capacity, but the energy and power of the battery are reduced.

(3) > 250 C = thermal disintegration region. A lot of PbO formed (semiconductor layer).

B. Control mositure content

According to : Lead-Acid Batteries: Science and Technology: Science and Technology, D. Pavlov (page 546)

Moisture positive form recommend = < 0.2 % 

Moisture negative form and saparator recommend = < 0.05 % 

During storage, with high humidity in container,
  • Oxygen evolved at positive plate during storage.
  • The oxygen react with humidity oxidize Pb to PbO.
  • Especially negative plate will effected (pure lead)
  • The PbO react with residual H2SO4 to form PbSO4 (passivation layer)




KEHILANGAN CAS SEBUAH BATERI AUTOMOTIF

KEHILANGAN CAS SEBUAH BATERI AUTOMOTIF
Muhammad Nuruddin Bashah
Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan UM

Tahukah anda bahawa bateri kenderaan anda boleh kehilangan cas setiap hari walaupun tanpa menggunakannya? Malah hal ini adalah keadaan biasa bagi semua jenis bateri dan tabiat semula jadi bagi sebuah sistem elektrokimia.

Penulisan makalah ini lebih memberi perhatian kepada bateri jenis asid plumbum sel basah yang kerap ditemui dalam kenderaan awam Malaysia.

Plumbum-asid bateri telah dicipta pada tahun 1859 oleh ahli fizik Perancis Gaston Plante dan adalah jenis bateri boleh dicas semula yang paling lama. Dengan ciri kos yang rendah, menjadikannya praktikal untuk digunakan dalam kenderaan bermotor untuk menyediakan arus yang tinggi yang diperlukan oleh penghidup kereta motor1.

Di sebabkan jenis ini adalah murah berbanding dengan teknologi yang lebih baru, bateri asid plumbum digunakan secara meluas walaupun isu pencemarah dan toksin adalah isu besar melibatkan unsur plumbum.

Bateri plumbum-asid telah menyaksikan jualan sehingga 40-45% daripada nilaian keseluruha jenis bateri yang dijual di seluruh dunia (1999, tidak termasuk China dan Rusia), dan nilai pasaran pengeluaran kira-kira AS $ 15 bilion2.

Self-discharge atau dalam bahasa melayunya nyahcas sendiri adalah tindak balas kimia di dalam bateri yang menyebabkan bateri mengalami nyahcas sendiri walaupun tiada arus yang dialirkan keluar3. Walaupun ia adalah tabiiat semulajadi sebuah sel kimia namun ia boleh dikawal serta dihalang daripada berlaku dengan lebih buruk sehingga menjadikan bateri terlalu cepat hilang fungsinya.

Pengenalan tindakbalas redokds dalam sel elektrokimia
Nyahcas
Satu sel asid plumbum dengan dua plat plumbum sulfat.
Nyahcas sepenuhnya : Dalam keadaan yang dinyahcas kedua-dua plat positif (PbO2) dan negatif (Pb) menjadi plumbum (II) sulfat (PbSO4), dan elektrolit kehilangan banyak asid sulfurik atau kepekatan asid menjadi rendah yang dibubarkan dan menjadi majorti air. Ion sulfat telah keluar daripada asid sulfurik dan bergaung dengan plat positif dan negatif melalui tindakbalas elektrokimia. Proses ini adalah didorong oleh pengaliran elektron dari plat negatif ke dalam sel pada plat positif dalam litar luar.

Tindakbalas di Plat negatif:

Pb (s) + HSO- 4 (aq) → PbSO 4 (s) + H + (aq) + 2e- (elektron dibebaskan)

Tindakbalas di Plat positif:

PbO 2 (s) + HSO- 4 (aq) + + 3H (aq) + 2e- → PbSO 4 (s) + 2H 2 º (l) (menerima elektron)

Jumlah tindakbalas boleh ditulis sebagai :

Pb (s) + PbO 2 (s) + 2H 2SO 4 (aq) → 2PbSO 4 (s) + 2H 2 º (l)


Mengecas

Mengecas bateri sama ada melalui pengecas atau alternator kereta akan menghasilkan plat negatif dalam bentuk plumbum hampir tulen dan plat plumbum oksida.
Dalam keadaan yang dicas, setiap sel mengandungi plat negatif plumbum unsur (Pb) dan plat positif plumbum (IV) oksida (PbO2) dalam elektrolit asid sulfurik (H2SO4). Proses mengecas didorong oleh penyingkiran secara paksa (forcible removal of electrons) elektron daripada plat positif dan menghalakan elektron itu secara paksa ke plat negatif oleh sumber pengecasan.

Tindak balas di plat negatif:

PbSO 4 (s) + H + (aq) + 2e- → Pb (s) + HSO- 4 (aq) (Elektron dipaksa masuk ke negatif)

Tindakbalas di Plat positif:

PbSO 4 (s) + 2H 2 º (l) → PbO 2 (s) + HSO- 4 (aq) + + 3H (aq) + 2e-
Pengecasan berlebihan dengan voltan pengecasan tinggi menjana oksigen dan gas hidrogen melalui elektrolisis air, yang tidak baik kepada sel. Penyelenggaraan bateri asid plumbum memerlukan pemeriksaan tahap elektrolit dan penggantian mana-mana air yang telah hilang.

Oleh kerana titik pembekuan elektrolit (freezing-point depression of the electrolyte) , sebagai nyahcas bateri dan kepekatan asid sulfurik menurun, elektrolit adalah lebih cenderung untuk membeku semasa cuaca musim sejuk apabila nyahcas kerana unsur majoriti dalam elektrolit selepas nyahcas adalah H2O.

Apa itu nyahcas sendiri? (self discharge)



Rajah : Kesan nyahcas sendiri yang tinggi

Semua bateri dipengaruhi oleh nyahcas sendiri. Nyahcas sendiri-bukan suatu kecacatan pembuatan tetapi ia salah satu ciri sebuah bateri walaupun amalan pengeluaran di kilang yang lemah dan pengendalian yang tidak betul boleh meningkatkan masalah.
Nyahcas sendiri akan meningkat dengan usia bateri , jumlah kitaran (cycle)4 bateri dan suhu tinggi. Bateri perlu digantikan jika nyahcas sendiri mencecah 30 % dalam masa 24 jam.

Jumlah nyahcas sendiri berbeza bagi setiap jenis bateri dan sel kimia. Sel-sel utama seperti lithium dan alkali mengekalkan tenaga tersimpan (reserved energy) terbaik dan boleh disimpan dalam simpanan selama beberapa tahun. Antara bateri boleh dicas semula, asid plumbum yang kita bincang ini mempunyai nyahcas sendiri yang paling rendah dan kehilangan hanya kira-kira 5 % sebulan.


Sistem Bateri
Jangkaan nyahcas sendiri ( Self-discharge)
Logam lithium
10% dalam 5 tahun
Alkali
2-3% setiap tahun (7-10 tahun jangka simpan)
Lead-acid
5% setiap bulan
Nickel-alkali
10-15% dalam 24 jam, kemudian 10-15% setiap bulan
Lithium-ion
5% dalam tempoh 24 jam, kemudian 1-2% setiap bulan

Semua bateri, tanpa mengira kimia mereka, akan nyahcas sendiri. Kadar nyahcas sendiri untuk bateri asid plumbum bergantung kepada simpanan atau suhu operasi. Pada suhu 80 F atau 27 darjah celcius asid bateri akan menyahcas sendiri pada kadar kira-kira 4% seminggu. Bateri dengan kapasiti 125-amp/jam akan nyahcas sendiri pada kadar kira-kira lima amp seminggu.

Perlu diketahui jika bateri 125 AH disimpan selama empat bulan (16 minggu) musim sejuk tanpa digunakan, ia akan kehilangan 80 amp daripada kapasiti 125-amp itu. Ia juga akan mempunyai (pensulfatan) sulfation teruk, yang menyebabkan kehilangan tambahan kapasiti. Pastikan bateri anda dicas walaupun tidak digunakan.5

Nyahcas sendiri adalah mencapai status quo sebuah bateri6

Keadaan termodinamik stabil untuk sebuah bateri asid plumbum adalah keadaan nyahcas. Pengecasan perlu dilakukan untuk menyebabkan keseimbangan tindak balas elektrokimia untuk menukar keadaan kedua-dua plat, dengan itu voltan sumber kuasa untuk mengecas bateri asid plumbum mesti lebih tinggi daripada voltan Nernst bateri pada litar terbuka.

Faktor yang menambah kepantasan nyahcas sendiri sebuah bateri.

Enap cemar : Dengan jangka waktu dan penggunaan berpanjangan, bateri asid plumbum (flooded) akan memiliki enapcemar dalam bekas bateri (container), yang menyebabkan litar pintas ringan apabila bahan separa pengalir ini mencapai plat7. Litar pintas ringan ini akan menyebabkan nyahcas sendiri bertambah. Tahukah anda enap cemar itu terkumpul apabila bahan aktif (plumbum sulfat, plumbum oksida, plumbun tulen) dalam bentuk pasta yang dilekatkan pada grid bateri. Ia boleh luruh dan jatuh selepas sekian lama digunakan atau jika ada hentakan pada bateri.

Kepekatan asid tinggi : Jika kepekatan spesifik graviti asid yang ditambah ke dalam bateri semasa pembuatan terlalu pekat, ia boleh menyumbang kepada peningkatan nyah cas sendiri. Ha ini kerana tindak balas menjadi aktif dengan kepekatan ion sulfat dan hidrogen dalam elektrolit bateri. Bagi pihak kilang pengeluar pastikan asid yang digunakan tidak melebihi kepakatan yang disyorkan mengikut keperluan cuaca dan iklim bateri.

Pemindahan semulajadi unsur antimoni: Misalnya antimoni (Sb) yang tersisa daripada grid positif akibat kakisan boleh mnyerap ke grid negatif. Ia akan terkumpul di grid negatif. Perubahan warna boleh kelihatan di antara strap sel dan ia dikenali sebagai keracuna antimoni (Antimonial poisoning). Keracunan antimoni ini menyebabkan tindak balas lokal (dalaman) iaitu nyah cas di mana ia mengubah bahan aktif pasta pada grid menjadi mejoriti PbSO4 iaitu keadaan pasta (bahan aktif) yang ditukar menjadi nyah cas.

Bagi bateri yang menggunakan grid antimoni -plumbum akan kehilangan cas sekitar 1% setiap hari pada suhu 25 C, tetapi kadar kehilangan bertambah 2 hingga 5 kali ganda apabila usia bateri bertambah.

Bagi penggunaan grid dengan kandungan kalsium akan kehilangan cas hanya sekitar rendah daripada 0.5% cas setiap hari tanpa bertambanh disebabkan usia bateri. Hal ini dijelaskan melalui graf di bawah.


Di sebabkan itulah para penjual bateri tanpa penyelenggaraan berani menjamin kepada anda bahawa bateri kering berkenaan mengalami kehilangan cas yang amat rendah di samping tidak perlu ditambah air bateri.


Walau bagaimanapun disebabkan unsur antimoni amat berguna dalam mengeraskan grid dan mengelak grid reput, penghapusan unsur ini hanya semata-mata untuk tujuan mengelak nyah cas sendiri adaah tidak praktikal. Maka pengusaha bateri lebih berminat mengurangkan peratusan antimoni sahaja dalam grid.

Suhu : Nyahcas sendiri adaah bergantung kepada suhu bateri berdasarkan graf di atas. Semakin panas bateri dan bonet kenderaan, semakin cepat kehilangan cas semulajadi sesebuah bateri. Hal ini boleh dielak dengan meletak kenderaan di teduhan dan mengelak sinaran matahari berpanjangan. Di Eropah masalah sebegini menjadi kurang kerana suhu yang rendah. Kejuruteraan automotif setiap jenama memang mengambil berat isu suhu dalam bonet kenderaan yang menyumbang kepada kerosakan bateri.

Graf menunjukkan kepekatan asid dalam unit spesifik graviti (SG) menurun setiap hari dengan penambahan suhu. Berdasarkan graf ini, nyahcas sendiri pada bateri boleh diminimakan dengan menyimpan bateri pada suhu antara 5 darjah celsius hingga 15 darjah celcius.



Kekotoran dalam elektrolit: Menurut salah seorang pengulas dalam laman sesawang University Battery, nyahcas sendiri biasanya disebabkan oleh kekotoran (impurities) . Dalam kes bateri asid plumbum, menjaga kotoran daripada mencemar elektrolit bateri adalah penting.

Pengguna kenderaan perlu mengelakkan penggunaan air paip untuk mengisi sel bateri kerana air selain air terion adalah tercemar denga bahan mikrobiologi yang juga merosakkan plat serta meningkatkan kehilangan cas.
Arsenik boleh menyababkan nyahcas kepada bateri serta membentuk gas beracun pada plat dan terminal negatif.

Selain itu Ammonia juga menghasilkan nyahcas minor pada plat.

Unsur ferum yang ada dalam air paip boleh menambah masalah nyahcas di kedua plat dan juga menyebabkan kejatuhan voltan dalam sel8.

Pada plat negatif, unsur zink antara unsur yang mengambah masalah nyahcas.

Terdapat beberapa bahan kimi terkini yang dicipta khas yang mampu menghalang kotoran, berpindah melalui elektrolit, dan mencapai plat negatif. Kesan asid borik terhadap masalah nyahcas sendiri telah dikaji.

Saintis telah mendapati bahawa penambahan asid borik (H3BO3) dalam elektrolit dapat menghalang sehingga 0.4% pembentukan PbSO4 keras dan mengurangkan nyahcas sendiri pada plat positif PbO2. Asid sitrik juga memberi kesannya terhadap pengoksidaan dan proses pengurangan dalam Pb / PbSO4 dan PbO2 / PbSO4.

Kehadiran asid sitrik mempunyai kesan yang baik pada proses caj / discas, tetapi dengan peningkatan kepekatan evolusi oksigen dan juga peningkatan hidrogen. Kesan optimum asid sitrik dicapai apabila ditambah jumlah kira-kira 2 g/ L ke dalam elektrolit9.


Nyahcas sendiri dan Kapasiti Simpanan (Reserve Capacity) bateri

Rajah di bawah menunjukkan perbandingan peratusan kapasiti simpanan yang kekal semasa bateri masih berada di rak kedai bateri.



Kapasiti simpanan (Reserve Capacity) adalah nilai di mana bateri mampu menyalurkan 25 ampere sehingga akhir voltage 1.75 V bagi setiap sel bateri. Salah satu ciri-ciri kereta bateri asid plumbum adalah kapasiti simpanan. Kapasiti simpanan menunjukkan berapa lama bateri kereta boleh memberi beban kereta jika penjana (alternator) kereta tidak berfungsi. Kapasiti simpanan diukur dalam minit nyahcas bateri dengan 25 A .10

Jika grid dengan kalsium mengekalkan hampir kesemua kapasiti simpananyanya bateri hybrid pula mengalami kehilangan kapasiti melebihi 65% dan grid dengan antimoni rendah pula mengalami kehilangan 95% daripada kapasiti simpanannya. Selepas 12 bulan tanpa mengecas, grid rendah antimoni dan bateri Hybrid tidak akan memegang cas, manakala grid dengan kalsium pula boleh dicas semula dengan mudah tanpa kehilangan kapasiti.

Semoga makalah ini sedikit sebanyak dapat membantu para pengguna kereta menilai prestasi bateri serta melakukan langkah penjagaan untuk mengurangkan masalah ini.

Muhammad Nuruddin bin Bashah

017 6291368


2 Linden, David; Reddy, Thomas B., ed. (2002). Handbook Of Batteries (3rd ed.). New York: McGraw-Hill. (halaman 23.)
4 Kitaran bateri adalah pengecasan dan nyahcas yang berlaku berulang kali pada sebuah bateri bolehcas.
6 Robert Gell – SAE-A, IAME, A Study of Lead Acid Battery Self-discharge Characteristics, dalam Seminar Effects of shelf life on Lead Acid batteries 1st – April - 2013
9 Detchko Pavlov, LeadeAcid Batteries: Science and Technology A Handbook of LeadeAcid Battery Technology and its Influence on the Product , UK 2011( halaman 140)

Saturday, June 22, 2013

Lead Battery- Grid specification Discussion



Grid specification Discussion
Muhammad Nuruddin Bashah


1.                                          Isu Hot Cracking dan castability
·         Hot cracking ialah grid crack semasa proses penyejukan selepas grid keluar daripada mold disebabkan sisa stress (tegasan) dalam grid disebabkan struktur kristal yang kasar.
·         Pada paras Sb yang rendah,  sulfur (S) memainkan peranan penting untuk menguatkan grid.
·         Kandungan Sulfur  yang disarankan sekitar 0.003 – 0.01% (spec Yuasa 0.005- 0.016%)
·         Hot cracking diselesaikan dengan menambah nucleants (grain refiners) atau disebut agen nukleus (penghalus saiz butiran) dalam komposisi alloy dan ia mengawal proses penghabluran( crystallization processes) semasa proses GC .
·         Hot cracking berlaku disebabkan castability yang lemah dan kekuatan grid yang rendah. Jadi  sulfur ditambah untuk mendapat casting yang baik dan mengelakkan hot cracking.
·         Imej  SEM luas permukaan cross-sectional Pb-Sb-As-S dengan kandungan sulfur ditunukkan dalam rajah di bawah.  
·         Secara umum, dengan menambah  sulfur ketumpatan arus pengaratan (corrosion current density) dan mengurangkan kadar pengaratan.
·         Penghasilan (evolution)  hydrogen dan oxygen  pada Pb-Sb-As dikurangkan melalui penambahan sulfur.
·         Sulfur yang ditambah juga menambahkan kekerasan grid positif[1].
Kandungan antimony (Sb)
·         Jika kandungan  Sb  di bawah (<5 crack="" dan="" dengan="" dibaiki="" hot="" kandungan="" kecenderungan="" kerapuhan="" membentuk="" meningkat.="" nbsp="" o:p="" sulfur="" untuk="">
·         Low-antimony alloys with 1.0-2.7 wt% Sb content and various additives introduced to improve their mechanical (As, Sn), casting (Sn, Se, S, Cu), anti-corrosion (Ag) and electrochemical (Sn, Bi) properties. These alloys contain but small amounts of eutectic (1e15%). (kandungan antimoni yang rendah pelbagai bahan tambahan ditambah seperti memperelok mekanikal, kekuatan, kemuluran (arsenik, Tin), castability dan anti pengoksidaan ( Tin), castability (Tin, Selenium, Sulfur, Copper), anti kakisan ( silver) dan aspek elektrokimia (Tin, bismut).
·         Aloi lead membentuk  dendrit struktur bijian(coarse grain) kasar dengan retak sepanjang sempadan bijian.
Mikrostruktur grid dengan hot crack
·         Tetapi jika kandungan Sb (antimony)  tinggi menyebabkan banyak pengeluaran gas Hidrogen (self discharge /open circuit losses) tetapi kekuatan grid akan menjadi semakin kuat dengan peningkatannya[2].
·         Fasa eutectik terdiri daripada antimoni dan lead  meningkatkan kekerasan aloi grid.
·         Fasa eutektik berlaku dengan peningkatan kandungan antimoni melebihi 4% dan menghasilkan struktur kerangka aloi[3].
  • Selain  antimoni menstabilkan bahan aktif plate positif, kitaran hayat  bateri lebih baik dan kesan passivation pada terminal dan plat dihalang,
  • Namun jika kandungan melebihi 4% antimoni Sb daripada grid positif akan berhijrah ke plat negatif di mana ia termendak (melekat) dan mengurangkan hidrogen. Ini yang menyebabkan self discharge dan meningkatkan kehilangan air bater[4].

Coarse dendritic cast structure with cracks (lead/2% antimony
alloy).

Penggunaan selenium untuk Antimoni 2%
  • Penambahan selenium boleh membantu menyelesaikan masalah kualiti grid yang lemah disebabkan kandungan Sb rendah[5].
  • Saiz butir pada aloi dengan kandungan  2% antimoni berkurangan daripada  100mm kepada 60mm, apabila  0.02% selenium ditambah. Saiz butiran kecil menghasilkan struktur yang baik dan kuat.  
  • Pembentukan dendrit semasa penyejukan lead cair dalam mould yang mengganggu kapasiti feeding semasa proses casting  menyebabkan kelemahan casting.
  • Saiz butir kecil yang dikenali sebagai ‘fine globulitic solidification’  ciri mekanikal terhasil secara seragam dan meningkatkan kemuluran (good ductility)
  • Menggunakan kombinasi antimony (1.5-3.5%), arsenic, selenium (dan Sn (tin) untuk meningkatkan castability, ditambah dengan proses ageing yang sempurna.  
Struktur mulur  globulitic halus (aloi lead/2% antimoni/0.02 % selenium).

Penggunaan Arsenik dalam Grid Pb-Sb aloi
  • Arsenic memainkan 2 kesan major pada grid casting Pb-Sb[6]
    •  Meningkatkan kadar age-hardening
    • mengurangkan masa untuk menyimpan grid selepas dicast dan ke proses pasting.
Kelebihan Timah (Sn / Stanum)[7]
  • Penambahan timah mengurangkan pengoksidaan Pb-Sb semasa perleburan lead kerana pembentukan  SnO2 sebagai lapisan pelindung pada permukaan leburan.
  • Sn juga  menyebabkan pembentukan sanga dikurangkan dan kerugian lead  kurang.
  • Sebahagian besar Sn berkumpul di sanga(dross) dalam bentuk SnO2 dan hanya sejumlah kecil kekal dalam logam grid.
  • Pembentukan filem nipis SnO2 meningkatkan ketegangan permukaan dan dengan itu meningkatkan pengaliran (flowability) leburan lead itu.  
  • Mampu  mengisi acuan grid pada suhu yang lebih rendah.

2.                                          Positive Plate corrosion
  • Karat terjadi pada grid positif pada keadaan  50 hingga 350 mV.
  • Tanpa kandungan sulfur atau kandungan yang kurang , kadar pengaratan (corrosion rate) akan bertambah[8].
  • Silver juga ditambah dalam grid casting untuk mengelakkan corrosion pada grid positifpada suhu meningkat[9].
·         Karatan menghasilkan  passive layer (lapisan pasif) terbentuk pada grid atau antara lapisan gris dengan paste (active material) 
·         Ia juga digelar premature capacity loss.
·         Bahan grid positif adalah pure lead, Pb,  atau aloi plumbum dengan antimony, Pb-Sb dan bahan positive active material (paste) ialah lead dioxide, PbO2 .
Pb + 2H2O    → PbO2 + 4H+ + 4e
  • Perlu diingatkan bahawa lead atau  Pb dalam tindakbalas kimia di atas ialah lead daripada grid material bukannya daripada spongy lead (Pb pure) pada negative active material (NAM) pada plate negatif.
  • Tindak balas ini bukan sahaja mengurangkan konductiviti grid  positif tetapi juga menggunakan air[10].
  • Untuk elak  corrosion dan jangka hayat bateri banyak pengeluar meletakan SG  specific gravity asid pada sekitar 1.200 selepas fully charged, berbanding  SG 1.265 dan lebih untuk bateri heavy duty.
  • Menurunkan SG asid akan mengurangkan kapasiti yang ditanggung oleh  bateri.
  • Membuat overcharge berpanjangan atau berulang kali juga menyumbang kepada grid corrosion.
  • Karat pada positif menghancurkan grid positif dan  menurunkan prestasi bateri.
  • Pengaratan grid tidak dapat dielakkan.
  • Terminals bateri juga boleh karat dan boleh dilihat dalam bentuk serbuk putih.
  • Fenomena ini adalah pengoksidaan pada antara dua logam berbeza yang mencantum poles[11].


When the grids of a plate are attacked chemically, they become thin and weak, and may be spoken of as being corroded[12].
1. Impurities. Those impurities which attack the lead grids, such as acids other than sulphuric acid, compounds formed from these acids, or substances which will readily form acids dissolve some of the lead which composes the grids. The grids gradually become weakened. The decrease in the amount of metal in the grids increases the internal resistance of the cell and give a tendency for temperatures to be higher in the cell. The contact between grids and active material is in time made poor. If the action of the impurities continues for any length of time, the plate becomes very weak, and breaks at the slightest touch.
2. High Temperatures. Anything that raises the temperature of the electrolyte, such as too high a charging rate, causes the acid to attack the grids and form a layer of sulphate on them. The sulphate is changed to active material on charge, and the grids are thereby weakened.
3. Age. Grids gradually become weak and brittle as a battery remains in service. The acid in the electrolyte, even though the electrolyte has the correct gravity and temperature, has some effect upon the grids, and in time this weakens them. During the life of a battery it is at times subjected to high temperatures, impurities, sulphation, etc., the combined effects of which result in a gradual weakening of the grids.



[1] Studies on Corrosion Resistance and Electrochemical Behavior of Pb-Sb-As-S Alloys as Positive Grids in Lead-acid Batteries Z. Ghasemi and A. Tizpar* R&D of Niru Battery Manufacturing CO., Pasdaran, P.O. Box 19575-361, Tehran, Iran
[2] Disebabkan itu ingot lead untuk penghasilan grid menggunakan Pb-Sb (2.5%) sahaja. Pengurangan Sb menyebabkan kekurangan sifat mekanikal, dan castability tetapi ia dikurangkan melalui penambahan Arsenic, Sulfur dan Selenium.
[3] Stationary Lead-Acid Batteries With Selenium Alloys, SBS
[4] Studies on Corrosion Resistance and Electrochemical Behavior of Pb-Sb-As-S Alloys as Positive Grids in Lead-acid Batteries Z. Ghasemi and A. Tizpar* R&D of Niru Battery Manufacturing CO., Pasdaran, P.O. Box 19575-361, Tehran, Iran
[5] Tiada kandungan Selenium dalam raw material Pb-Sb 2.5% yang digunakan oleh Yuasa.
[6] Yuasa menggunakan spec Arsenic 0.35 +0.05%
[7] Yuasa menggunakan 8 bar (setiap bar 3-4 gram) untuk setiap 24 ingot.  Kandungan adalah sekitar 0.0005%.
[8] Studies on Corrosion Resistance and Electrochemical Behaviour of Pb-Sb-As-S alloy as positive grids in lead acid batteries, Z. Ghasemi and A. Tizpar, Int. J. Electrochem. Sci, 2 (2007) 700-720.
[9] Ibid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Engineering Blogger

Template Design | Elque 2007