Dahulu bertugas sebagai Metallurgist di sebuah kilang swasta antarabangsa di Ipoh. Pengkhususan tugas dalam bidang 'melting' perleburan keluli dan besi, rawatan haba (heat treatment), failure analysis (kajian kegagalan logam).

Kemudian bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang magnesium smelting, bertanggungjawab dalam pengawalan proses utiliti dalam seksyen boiler (dandang),
jet vacuum pump, LPG dan compressed air system.

Kembali ke kilang lama sebagai Moulding Engineer (Head Of Department).....dunia logam dunia kerja saya...

Selepas itu berhijrah ke dunia Elektrokimia sebagai Production Engineer di Yuasa Battery. Masih dalam bidang metalurgi iaitu mendalami tabiat plumbum dan beberapa logam seperti antimoni dan Tin.

Menyediakan laman ini untuk bekalan bahan kajian dan bacaan kejuruteraan logam dalam bahasa melayu. Menjunjung aspirasi kejayaan tamadun negara bangsa melalui penataran bahasa eka, Metalurgis-Melayu akan bekerja ke arah itu. Terdapat mungkin beberapa laopran kerja saya akan diubah bahasa daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Moga ia dimanfaatkan.

Wednesday, September 30, 2009

Mengenali proses ‘refining’ dalam ‘electric arc furnace’.

Mengenali proses ‘refining’ dalam ‘electric arc furnace’.

Muhammad Nuruddin Bashah

Bc Hons Engineering (material) University Of Malaya

Kali ini saya ingin berkongsi pula salah satu metod ulung dalam perleburan keluli. Keluli yang ingin dibahaskan di sini ialah keluli Low Alloy Steel dan metod yang saya maksudkan ialah boiling.

Istilah ‘boiling’ kadangkala dijumpai dalam buku Foundry method ataupun mana-mana penulisan umum dengan menggunakan istilah ‘carbon boil’ atau ‘refining’.

Menggunakan electric arc furnace (dapur) memerlukan proses refining dilakukan dan inilah kelebihan dapur ini berbanding dapur-dapur lain. Pendek kata letak besi buruk, tin milo, rangka basikal pun dapur ini dapat leburkan, ‘refine’ menjadi keluli menepati spesifikasi aloi yang kita mahu. Cuma kerja sahaja perlu lebih.

Boiling dilakukan untuk menurunkan kandungan karbon dalam keluli. Apabila kita masuk besi skrap (buruk) dalam dapur, kandungan karbon dalamnya pelbagai, ada tinggi ada rendah. Sebelum masak juga kita ada memasukkan serbuk grafit (graphite) untuk membantu proses deoxidization (penyah oksida) iaitu proses membuang oksigen berlebihan dalam besi lebur itu. Suhu bagi low alloy steel yang sesuai untuk dilakukan boiling ialah sekitar 1560 C.

Jadi kandungan karbon pasti agak tinggi. Jadi kita akan ‘inject’ oksigen melalui besi hos yang panjang (oxy-lance) dan pastikan besi itu masuk sepanjang 1 kaki ke dalam permukaan besi lebur.

Sebelum karbon diturunkan kandungannya, (karbon bertukar menjadi CO2), Silikon akan hilang dahulu kerana silikon lebih cenderung untuk dioksidakan berbanding karbon. Selepas hilang asap putih (SiO2), api akan marak, besi bergelombang dalam dapur bermakna karbon mula teroksida.

Inilah saat paling penting di mana melter kena kawal lance jangan bagi bergoyang-goyang.

Saya dah ada pengalaman melecur api di lengan semasa membuat proses ini beberapa bulan yang lalu. Saya kena tahu buat semua kerja pekerja saya jadi setiap minggu akan ada beberapa tugas yang akan saya buat bersama pekerja. Suhu besi lebur yang terpercik ke tangan saya itu ialah 1600 C.

Bolehkah proses ini diabaikan? Jawapannya boleh, apabila besi skrap yang kita guna rendah kandungan karbon, silikon dan tiada aloi asing dalamnya. Tetapi ia tidak baik dari segi kehomogenannya kerana besi tidak sebati baik dan suhu tidak sesuai untuk mengaduk aloi tambahan kelak. Sebab itulah proses ini dinamakan refining.

Berapa lama ‘boiling’ untuk menurunkan karbon?

Selepas kita masukkan lance ke dalam besi lebur. Tunggu hingga asap putih hilang. Api mulai marak dan iatu bermulanya boil. Setiap minit selepas itu akan menurunkan 0.05% Karbon. Jadi boil sahaja sehingga karbon turun kepada tahap yang kita inginkan. Bagi besi lebur 5 tan ke bawah, 1 minit akan menurunkan 0.07% karbon. Selalunya saya melebur lebih kurang 6 atau 7 tan besi sesuai dengan kapasiti dapur saya.

Proses perleburan keluli adalah proses ‘roasting’ atau pengoksidaan untuk membuang bahan asing dari keluli. Kemudian barulah proses penurunan (reduction) dilakukan untuk membuang gas berlebihan dan membuang sulfor dan fosforus berlebihan.

Berbeza dengan proses ‘smelting’ iaitu pengekstrakan bijih besi atau timah ke bentuk ingot yang lebih tulen, ia selalunya hanya melibatkan proses penurunan.

(FeO) = [Fe] + [O] besi ferum teroksida dan ada yang akan bercantum dengan slag. Disini peranan karbon untuk menurunkan semula FeO menjadi Fe dan kembali ke besi lebur.

Oksigen larut dalam CO2, fosforus, silikon dan juga manganese sebelum dan semasa proses boiling berlaku.

[C] + [O] = {CO} hilang ke udara atau tidak stabil dan bertukar menjadi CO2 atau lebih buruk terperangkap juga dalam besi lebur membentuk ‘blow hole’ pada casting.

[Si] + {O2} = (SiO2) hilang ke udara atau terperangkap dalam slag dan dibuang.

[Mn] + 1/2{O2} = (MnO) terperangkap dalam slag dan perlu dibuang. Manganese kembali dalam besi lebur selepas proses penurunan berlaku selepas boiling selesai.

2[P] + 5/2{O2} = (P2O5)

CO dalam bentuk ‘buble’ yang terjadi semasa boiling ini juga berperanan membawa keluar non-metallic inclusion dan hidrogen keluar dari besi lebur dan inilah salah satu proses refining dalam besi lebur tadi.

Setakat ini dahulu isu ini dibincangkan. Dalam artikel akan datang rahsia boiling akan terus dipaparkan untuk kita mengetahui keindahan proses kimia dalam perleburan besi yang cukup panas ini.

Gambar di bawah adalah gambar saya sedang melakukan proses boiling dengan ada seorang pekerja Nepal memegang penhadang api (lebih kurang perisai kami jugak) yang dibuat dari papan diseliputi kain 'carwool' kaca.

Sunday, September 27, 2009

How to Create a Better Presentation?

Artikel dibawah mungkin amat berguna untuk mahasiswa kejuruteraan atau jurutera yang kerap melakukan pembentangan.



Your presentation style portrays who you are:

"A successful person who can control the presentation, know what to do yet humble, display interest and knowledge..."or

"An unsuccessful person who seems does not know what to do and still seeking direction..."

So, here are some tips to help you create a better presentation:

Slide Design

1. Use calming background (e.g. white/light blue).
2. Use a clear and consistent design, do not clutter the screen.
3. Use color coding to: Emphasis or Highlight a certain keyword. This can capture user's attention. However, do not overuse this feature! If everything are highlighted, there is nothing else stands out.
4. Use bold slide title (short phrase on top of your slides... It gives a strong/aggressive feeling/a sense of confidence...
5. In the title slide, write your title in Bold. Put author names and affiliations clearly. Do not forget to write acknowledgement if any. You may want to put your university/company logo in this title slide (you may also want to put a smaller logo on the corner of each slide - by updating the master slide).
6. Improve your skill of choosing mixture of color: good color for presentation: dark blue, brown, deep red. For your information, there are several web sites about 'colors', which colors are good for presentations, for web pages, the color mixture issues, etc...
7. Give hyper-link to connect related slides together, e.g. you want to relate experimental results slide to a slide 10 pages further back that explains your experimental methodology.

KISS: Keep It Short and Simple

1. Make your slides short and sweet, cut it short. Do not put too many texts on the slide...

2. If there are materials that you know going to be hard to explain but not really significant to the main flow of your presentation, CUT IT OFF!You need to have a smooth flow!


3. If you really need to have complex wordy slides, try to go faster there or highlight key points only! Audience has tendency to get frustrated when they see a complex slide... Whenever possible, avoid designing a complex slide!

4. Reduce number of words in your slides, talk more! If you cannot remember everything, put the points in the slides in such a way that they represents keywords to help triggering your brain on what to say for that slide!

source: http://www.talesofmyphd.blogspot.com/

Wednesday, September 23, 2009

Menyingkap misteri metallurgi: malapetaka Titanic

Disiar dalam Dewan Kosmik edisi Januari 2010

Menyingkap misteri metallurgi: malapetaka Titanic

Muhammad Nuruddin Bashah

Bc Hons Engineering (Material) University Of Malaya

Titanic dipercayai berasal dari nama satu dewa gergasi jahat yang perkasa pada pandangan orang Yunani. Lantaran itu nama sebuah kapal penumpang terbesar keluaran Ireland UK pada 1911 dinamakan sebagai Titanic yang turut bersaing dengan kapal penumpang Cunard Line's Lusitania dan Mauretania. Perancangan awal telah dibuat untuk membina 3 jenis kapal dari White Star Liners dan bersaing dengan Lusitania dan Mauritania dengan memperkenalkan perkhidmatan kapal penumpang mingguan untuk penumpang dari Southampton, England, ke New York City. Kapal besar yang pertama ialah RMS Olympic dan RMS Titanic manakala RMS Britannic yang dibina kemudiannya gagal digunakan sebaiknya kerana hanya dijadikan hospital laut semasa Perang Dunia I.

‘Maiden voyage’ iaitu perjalanan sulung sesebuah kapal selepas siap dibina dilakukan dalam upacara gilang-gemilang. Malangnya, nasib yang menimpa RMS Titanic tidak sentiasa cerah seperti permulaanya. Misi perjalanan Titanic berakhir dengan karamnya kapal tersebut secara mendadak dan tidak disangka-sangka.

Saya tidak pernah menonton filem Titanic yang ditayang pada tahun 1997 dahulu malah saya langsung tidak berminat dengan lagu temanya atau bersimpati dengan kesedihannya seperti rakan-rakan saya yang lain.

Namun perbincangan saya bersama ‘staff melting crew’ di kilang saya berkenaan kegagalan kejuruteraan Titanic menyebabkan saya cuba cakna kembali isu ini melalui persepsi analitikal yang meliputi isu konspirasi, nilai emosi, persejarahan, statistik serta tidak lupa juga bidang saya iaitu metallurgi. Ya, di kampus dahulu, pensyarah saya dalam bidang analisis kegagalan logam dari Pakistan ada mengajar berkenaan kegagalan Titanic melalui graf kegagalan besi yang dikenali sebagai ‘ductile-brittle transition’.

Kegagalan fizikal

Kegagalan besi Titanic menahan ketulan ais besar tersebut bukan sekadar dikaji melalui ketahanan luaran (toughness) tetapi juga kemampuan logamnya dari segi impak tenaga (impact energy) semasa berada dalam suhu sejuk. Graf ‘ductile-britlle transition’ telah lama dikaji sebelum penciptaan kapal gergasi berkenaan. Bagaimana kapal tersebut boleh terkeluar piawaian apabila ia menjadi rapuh dalam suhu sejuk yang boleh dikatakan tidak terlalu melampau? Di sini teori metallurgi disambung pula oleh para penganalisa konspirasi kegagalan Titanic yang dicipta oleh White Star Line kepunyaan Belfast, United Kingdom.

Punca utama bagi peristiwa hitam itu adalah keterbatasan ilmu metallurgi saat itu terutama dalam menyediakan besi keluli (steel) yang tahan dan kuat tetapi tidak rapuh pada suhu sejuk. Analisa dan kajian mendalam hanya beroleh kejayaan beberapa tahun kemudian. Selepas karamnya Titanic, The White Star cuba mengubah suai kapal RMS Britainnic agar tidak mengalami nasib yang sama melalui penambahan ketebalan besi dinding sebanyak 2 lapisan. Dalam ilmu metallurgi moden, hal ini tidak akan menyelesaikan masalah melainkan spesifikasi besi diubahsuai sesuai dengan suhu sejuk melampau di lautan Atlantik. Kegagalan besi ini dipanggil ‘ductile-brittle transition’.

Fenomena ini berlaku dalam logam yang berstruktur BCC (body centered cubic) seperti ‘low carbon steel’, di mana ia menjadi rapuh pada suhu rendah dan pada kadar keterikan (strain) yang amat tinggi.

Namun begitu, jika Titanic menggunakan besi FCC (face centered cubic), ia boleh menyelamatkan keadaan kerana besi sebegini kekal mulur (ductile) dan kuat (toughness) pada suhu sejuk ekstrim.

Dalam logam, pengubahan plastik sifat logam berlaku pada suhu bilik melalui pergerakan ubah kedudukan atom (dislocation). Tekanan (stress) diperlukan untuk menggerakkan atom, mengubah ikatan atom, struktur kristal, sempadan butir dan zarah-zarah mendakan.

Jika tekanan yang diperlukan untuk menggerakkan atom terlalu tinggi, logam akan gagal dan propagasi ‘crack’ akan berlaku (brittle).

Dalam logam FCC, daya yang diperlukan untuk ubah atom (dislocation) tidak terlalu bergantung kepada suhu dan ia akan kekal mulur pada suhu sejuk.

Lanjutan dari fenomena inilah jurutera mula mencipta ujian Cryogenic. Cryogenic ialah kajian pengeluaran logam dan sifat logam itu pada suhu rendah di bawah −150 °C, −238 °F atau 123 K.

Dari satu aspek penganalisaan, kegagalan kejuruteraan atau kecuaian profesional ini juga berlaku melalui sikap ego dan bongkak manusia. Hal ini terbukti melalui pengalaman kisah Titanic yag melambangkan keangkuhan manusia zaman itu untuk belayar di atas lautan milik Allah SWT, tanpa tenggelam. Malah mereka mencipta retorik dan kemasyuran melalui ungkapan ‘unsinkable’ yang dihebahkan dalam semua media milik Britain.

Namun begitu, fakta tetap fakta. Ungkapan ‘unsinkable’ lebih merujuk kepada promosi dan keangkuhan manusia dan ia dinafikan sendiri oleh arkitek marin yang mencipta Titanic, Thomas Andrews (lahir pada 7 Februari 1873) kerana semasa kejadian karam tersebut beliau berkata, “This is mathematical certainty”. Ya, melalui pengiraan tekanan air yang melimpah masuk melalui bahagian bawah hadapan kapal, ia telah memusnahkan salah satu enjin wap (boiler) Titanic. Air itu kemudiannya cukup untuk memberi tekanan dalaman serta memecahkan pintu enjin wap yang lain, dan akhirnya insiden ini berlaku secara domino.

Lihat ungkapan gah daripada kapten yang melayar Titanic, "When anyone asks me how I can best describe my experience in nearly forty years at sea, I merely say, uneventful. Of course there have been winter gales, and storms and fog and the like. But in all my experience, I have never been in any accident… or any sort worth speaking about. I have seen but one vessel in distress in all my years at sea. I never saw a wreck and never have been wrecked nor was I ever in any predicament that threatened to end in disaster of any sort." - Kapten E.J. Smith, Kapten RMS Titanic.

Bayangkan sebuah kapal yang cukup besar memuatkan hampir 2000 manusia ini dicipta untuk menjadikan mereka lupa bahawa mereka berada di lautan, cukup mewah dan stabil, akhirnya hampir 90 tahun ia menjadi taman untuk ikan-ikan di lautan. Perancangan Tuhan, RMS Titanic akhirnya hanya menjadi tukun untuk pembiakan ikan.

Perkauman dan keangkuhan turut terserlah melalui bantuan selektif yang diberikan semasa peristiwa Titanic karam. Penyiasat kes mendapati Titanic sebenarnya hanya memiliki ruang bot penyelamat yang cukup untuk kelas pertama sahaja manakala untuk kelas 2 dan 3 tidak mencukupi.

Dalam tulisan ini cukup dahulu untuk kita meneliti kegagalan metallurginya berbanding perbincangan biasa iaitu topik kecuaian dan keangkuhan.

Baik mari kita perhatikan permulaan kajian metalurgi Titanic.

Bangkai kapal ini ditemui semula pada kedalaman 4 kilometer di 600 km tenggara Mistaken Point Newfoundland. Para saksi berpendapat perlanggaran geseran di dinding Titanic dengan ais ketul besar menyebabkan pemecahan besar berlaku pada dinding kapal tersebut. Air sejuk yang menderu memasuki ruang bawah menyebabkan suhu dalaman kapal turut turun mendadak dan menjadikan kegagalan besi untuk kekal mulur dan kuat. Dengan teknologi sonar, sainstis berjaya menjumpai bahagian tepi kapal yang menjadi punca karam.

Analisa terperinci pada plat kecil besi mendapati kegagalan metallurgi yang menyebabkan besi hilang sifat elastik dan menjadi rapuh pada suhu sejuk dan ini mengakibatkan wujudnya titik lemah rapuh yang teruk.

Masalah spesifikasi kimia Manganese Sulfida

Serpihan keluli dinding juga didapati mengandungi kandungan fosforus dan sulfur yang amat tinggi iaitu sebannyak 4 kali ganda dan 2 kali ganda masing-masing berbanding kandungan besi moden yang digunakan dengan nisbah mangan-sulfur 6.8:1 berbanding besi moden dengan nisbah 200:1.

Partikel MnS (Manganese sulfide) telah dikenalpasti melalui EDAX.

Kandungan manganese perlu tinggi kerana manganese akan menangkap sulfur untuk membentuk sebatian MnS. Ketinggian kandungan fosforus akan memudahkan permulakan keretakan selepas dilanggar, sulfur pula menyebabkan wujudnya sebatian ionik FeS (2-3%) yang menyebabkan perebakan kepada keretakan. Jadi manganese yang turut menyumbang kepada sifat mulur pada keluli amat perlu ditambah dalam spesifikasi besi bagi kegunaan laut yang dingin.

Selain itu, manganese mempromosi struktur FCC yang bersifat ‘austenite’ yang kekal mulur pada suhu lampau sejuk. Tidak hairanlah jika hari ini kapal-kapal banyak menggunakan besi tidak-magnetik. Besi tidak-magnetik antaranya adalah berstruktur atom FCC-austenite. Manakala keluli Titanic yang bersifat BCC adalah pearlite dan ferrite.

Sampel dari kajian ke atas besi Titanic juga menunjukkan ia mengalami kegagalan ductile-brittle transition pada suhu 320C! Bagaimana mungkin ia sesuai untuk digunakan pada suhu air dibawah tahap beku! Besi keluli moden hanya mengalami kegagalan ini pada suhu -60 C hingga -70C.

Permasalahan mikrostruktur rivet

Besi Titanic mungkin antara yang terbaik pada zamannya (1900an). Keluli ini dimasak dengan menggunakan ‘acid-lined, open-hearth furnaces’ di Glasgow yang menyebabkan proses ‘refining’ tidak boleh dilakukan untuk mengurangkan kandungan fosforus dan sulfur.

Faktor lain adalah kegagalan rivet yang digunakan. Rivet adalah umpama skru penyambung plat-plat besi untuk membina badan kapal. Sebanyak 48 rivet ditemui semula dan melalui analisa, didapati rivet itu terlalu mudah pecah. Malah mikrostrukturnya menampilkan kandungan ‘slag’ yang merupakan bahan buangan semasa perleburan besi. Slag bersifat ‘glassy’, rapuh dan mengandungi oksida-oksida ionik yang tidak diperlukan oleh keluli. Tambahan pula bahan yang digunakan untuk menbuat rivet adalah ‘wrough iron’ yang rapuh. Maklumat tambahan yang dijumpai menjawab persoalan kenapa ‘rivet iron’ yang digunakan terlalu ringan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kelajuan kapal hingga mampu belayar 6 hari sahaja ke Amerika. Ia juga bertujuan mengurangkan berat kapal sebanyak 2500 tan! Sepatutnya rivet keluli (rivet steel) digunakan. Benar, Titanic juga menggunakan rivet keluli tetapi hanya pada tengah dinding kapal sahaja. Malah rivet Titanic dipasang dan diketuk menggunakan tenaga manusia yang semestinya tidak piawai!

Keretakan akibat Fosforus dan Sulfur

Semasa ekspedisi kajian di Atlantik Utara dibuat pada tahun 1996, serpihan besi terus dibawa ke University of Missouri-Rolla dan langkah pertama ialah mengenalpasti spesifikasi kimianya terlebih dahulu.

Spesifikasi kimia-aloi yang digunakan oleh Titanic ialah karbon 0.21%, manganese 0.47%, fosforus 0.045%, sulfur 0.069%, kuprum (Copper) 0.024%, oksigen 0.013% dan nitrogen 0.0035%.

Spesifikasi ini bersamaan ataupun hampir serupa dengan besi piawai ASTM iaitu A36 yang merupakan besi karbon biasa yang langsung tidak sesuai untuk suhu sejuk.

A36 mengandungi karbon 0.20%, manganese 0.55%, fosforus 0.012 %, sulfur 0.037%, silikon 0.007%, kuprum 0.01%, oksigen 0.079 % dan nitrogen 0.0032%.

Lihat perbezaan kandungan fosforus dan sulfur besi pada Titanic dan A36. Walaupun spesifikasinya hampir sama, namun kandungan fosforus dan sulfur Titanic amat tinggi! Malah nisbah MnS bagi Titanic hanya 6.8:1, manakala A36 ialah 14.9: 1. Untuk keluli FCC-austenite yang digunakan oleh saintis moden pula nisbahnya ialah 200:1 iaitu manganese yang cukup banyak untuk memerangkap sulfur.

Kandungan nitrogennya yang rendah menunjukkan ia tidak dimasak dengan proses Bessemer. Oleh itu, kerapuhannya tidak disebabkan oleh nitrogen. Pada awal abad ke-20, satu-satunya cara memasak besi keluli struktur ialah melalui proses ‘Open Heart Furnace’ sebelum berpindah ke metod ‘Basic Oxygen Furnace’. Disebabkan itulah kandungan oksigennya tinggi, manakala kandungan silikonnya rendah dan ini menunjukkan ia telah mengalami proses pengoksidaan separa atau semikilled steel. Kandungan oksigen yang tinggi juga boleh menyumbang ke arah kerapuhan keluli.

Dinding dapur berasid (Acid lining) pada dapur Open Heart boleh menyebabkan kandungan fosforus dan sulfur menjadi tinggi. Dinding refrektori dapur Open Heart ini bersilikon dan ini menyebabkan ia tidak bereaksi dengan fosforus dan sulfur sekaligus menatijahkan kandungan yang melampau bagi dua unsur ini.

Jika dibandingkan ciri impaknya, keluli A36 moden jauh lebih tahan pada suhu yang dingin iaitu memiliki tenaga impak 20 Joule pada -270C manakala besi keluli Titanic adalah pada 320C sedangkan suhu laut pada saat karamnya Titanic ialah -20C.

Besi untuk Titanic adalah yang terbaik pada era 1909 hingga 1914.William Garzke dan beberapa pengkaji logam turut mengakuinya. Dalam laporan mereka tertulis, ‘the steel used in the Titanic was the best available in 1909-1914’. Hingga hari ini tiada kapal yang mampu menahan sehingga 39 000 ton air yang menderu masuk ke bahagian hadapan kapal sepertimana yang dialami oleh Titanic.

Terlalu banyak kajian-kajian dari unjuran metallurgi dilakukan terhadap kes Titanic ini sama ada oleh pihak kerajaan Perancis, Britain dan Amerika, kajian universiti, perseorangan dalam bentuk web atau makalah. Kajian ini kadangkala sukar difahami oleh masyarakat dan ia perlu diperjelaskan agar kegagalan dan kelemahan kejuruteraan dapat diminimakan serta diperbaiki untuk kesejahteraan penduduk dunia hari ini.

Cuba lihat besi titanic pada suhu semakin rendah (dingin), ketahanan impaknya semakin menurun berbanding besi moden yang menyerupainya iaitu A36 yang agak tahan pada suhu dingin (walaupun masih tidak sesuai untuk kegunaan bawah tahap beku)

Ini adalah mikrostruktur pearlite dan ferrite pada dinding titanic. Struktur ini ialah BCC (Body Centered Cubic) yang berbeza dengan besi FCC yang sesuai di suhu yang dingin.

Rivet yang digunakan...bayangkan rivet ini dipasang menggunakan tangan manusia bukannya teknologi mesin.

Pekerja yang handal adalah pekerja yang berilmu

Pekerja yang handal adalah pekerja yang berilmu


Sejak saya berada dalam lapangan kerja praktikal-teknikal ini, saya mencari mentor atau rujukan insan secara aktif. Teknik pertama adalah melalui menyertai yahoogroups yang disertai oleh ramai jurutera logam atau metallurgis serata dunia. Antara yang saya ikuti juga beberapa yahoogroups dari Amerika Syarikat dan Iran. Dalam banyak-banyak yahoogroups berkenaan akhirnya ada beberapa jurutera dan metalurgis Indonesia berminat membantu saya dalam menyelesaikan pekerjaan saya di kilang.

Berbeza rujukan melalui pensyarah universiti dengan rujukan dari individu yang bergiat aktof dalam lapangan kerja logam bertahun-tahun. Mereka kenal spesifikasi aloi dan logam secara mendalam dan tahu ‘perangai’ besi berkenaan.

Baru-baru ini saya berkenalan pula dengan Mr Bhuvaniswara iaitu metalurgis dari India. Beliau bekas metalurgis di kilang saya semasa diera pentadbiran Australia (Bredken). Melalui beberapa staf India lama saya berjaya menghubungi beliau melalui SMS dan email. Betapa dedikasinya beliau ini dapat dilihat sebarang SMS berkaitan persoalan rawatan haba, spesifikasi aloi, teknik perleburan dan mikrostruktur, beliau akan terus membalasnya tanpa tangguh. Boleh dikatakan setiap hari saya mendapat balasan email daripadanya. Saya bayangkan bagamana sukanya sikap beliau kepada sesiapa yang berminat dengan ilmu pekerjaan sendiri walaupun kami berlainan agama.bahkan jika nasihat yang sama beliau berikana kepada syaraikat-syarikat secara formal, beliau boleh menuntut seberapa bayaran yang cukup lumayan.

Bagi saya beliau kini adalah guru saya mengenai besi.

Frizt machlup dalam bukunya bertajuk The Production And Distribution Of Knowledge in The USA (1962) menyatakan perinsip beliau iaitu ilmu adalah sumber kepada kemajuan ekonomi, Ilmu adalah asas kepada perkembangan ekonomi. Ya, bagi staff bukan Islam di kilang ini, persaingan saya dengan mereka ialah melalui siapa paling pandai dan siapa paling boleh selesaikan masalah. Ilmu ini mereka anggap sebagai cara saya meningkatkan ekonomi saya itu sahaja.

Dalam beerapa tulisan saya yang lalu saya ada nyatakan usaha dan sikap saya untuk mensaintifikan pekerja kilang saya. Malah saya bawa satu budaya ingin menyelidik sesuatu konsep sains secara terperinci. Leanne Whicker telah menyenaraikan beberapa ciri utama pekerja yang berlandaskan ilmu.

1. Pemikir konseptual yang handal.

2. Mengaplikasikan konsep menurut konteks sendiri.

3. Keghairahan dan ingin tahu mengenai pembelajaran.

4. Menghargai pendidikan formal tetapi lebih menghargai pengalaman bekerja sebagai guru utama.

5. Senantiasa meningkatkan keupayaan diri.

6. Menghargai kerjasama dan hubungan sesama team work (tenaga kerja).

Saya kini menghubungi pelajar pelatih kejuruteraan UNIMAP yang pernah berlatih di kilang saya. Saya ingin meminta bantuan beliau meminjam dan menyalin beberapa buku rujukan (handbook) berkaitan rawatan haba untuksaya gunakan. Dahulu buku sebegitu yang mahal-mahal da tebal-tebal belaka pernah saya jumapi dengan mudah di UM. Namun saya langsung tidak mengetahui cara menggunakannya. Membaca memang mudah. Tetapi membaca untuk mengguna adalah sukar. Lantaran itu ada satu konsep membaca yang mahapenting iaitu hanya si pandai sahaja yang pandai membaca. Si pandai bukan hanya pandai mengeja tetapi pandai dalam ilmu buku yang sedang dibacanya. Barulah buku tersebut dihargai dan dipandang mulia oleh si pandai berkenaan. Si jahil pula lancar membaca, fasih berbahasa Inggeris tetapi ditakdirkan jahil ilmu jurutera berkenaan. Sia-sialah beliau mengepit buku tersebut ke hulu ke hilir.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ipoh Perak 1/9/09

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Engineering Blogger

Template Design | Elque 2007