Dahulu bertugas sebagai Metallurgist di sebuah kilang swasta antarabangsa di Ipoh. Pengkhususan tugas dalam bidang 'melting' perleburan keluli dan besi, rawatan haba (heat treatment), failure analysis (kajian kegagalan logam).

Kemudian bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang magnesium smelting, bertanggungjawab dalam pengawalan proses utiliti dalam seksyen boiler (dandang),
jet vacuum pump, LPG dan compressed air system.

Kembali ke kilang lama sebagai Moulding Engineer (Head Of Department).....dunia logam dunia kerja saya...

Selepas itu berhijrah ke dunia Elektrokimia sebagai Production Engineer di Yuasa Battery. Masih dalam bidang metalurgi iaitu mendalami tabiat plumbum dan beberapa logam seperti antimoni dan Tin.

Menyediakan laman ini untuk bekalan bahan kajian dan bacaan kejuruteraan logam dalam bahasa melayu. Menjunjung aspirasi kejayaan tamadun negara bangsa melalui penataran bahasa eka, Metalurgis-Melayu akan bekerja ke arah itu. Terdapat mungkin beberapa laopran kerja saya akan diubah bahasa daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Moga ia dimanfaatkan.

Wednesday, May 8, 2013

Bulan Mei bulan safety di Yuasa


Pertama kali saya berbulan safety walupun ada sijil safety Officer tanpa greebook. Macam-macam aktiviti. Peraduan lukis poster (macam sekolah tapi bermotivasi), peraduan buat selogan, derma darah, CCCF (completely check completely find out) yang memerlukan HIRARC segera dilakukan oleh pekerja selama sejam dengan dinilai oleh supervisor dan banyak lagi...

GM, Mr Kohno dari Japan berucap dalam bahasa melayu walaupun menggunakan teks. Perama kali juga saya dengar jepun cakap melayu.

Kehadiran Datuk Seri Yussof juga ada iaitu sebagai MD untuk merasmikan program ini....

Muhammad Nuruddin Bashah










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Engineering Blogger

Template Design | Elque 2007