Hidup progresif hidup bermakna
Bila pengurus foundry ( Foundry manager) merangkap mentor saya selalu gesa saya bekerja, ada juga rasa tertekan dan putus asa. Biasa, itu nafsu dan jiwa manusia untuk rasa tertekan dan mengalah.
Bila saya sedang bekerja, perasaan negatif tu semua hilang. Saya diterap dan ditekan untuk bersifat sainstifik. Jangan percaya prasangka, sebaliknya terapkan budaya selidik dan lihat sendiri sesuatu masalah. Penyelesaian perlu dilakukan selepas penyiasatan kendiri dilakukan dan jangan hanya percaya kepada pekerja bawahan kita bulat-bulat.
Juga ditekan untuk cakap terus buat. Jangan cakap 2-3 kali sesuatu masalah. Sekali cakap terus buat.
Saya juga diajar untuk selesaikan masalah, selesaikan projek, selesaikan penyiasatan masalah da analisis tanpa menangguh. Ya, budaya menangguh juga adalah jiwa saya da ramai lagi manusia seluruh dunia. Tangguh adalah sifat berlawanan dengan sifat progressif.
Saya juga diminta untuk sentiasa berjalan melihat masalah dan tidak ingat langsung meja dan kerusi saya di pejabat. Keluar di awal pagi lihat masalah dan perjalanan pembuatan. Lihat pekerja dan selesaikan masalah. Catat setiap masalah yang saya lihat. Jangan bercakap kosong di dalam mesyuarat sebaliknya gunakan buku catatan kita sebagai sumber fakta sahih.
Saya di ajar untuk jangan mengampu. Jangan ubah sesuatu prosedur tanpa diketahui oleh ketua jabatan lain atau general Manager. Jangan sesekali menipu dan memberi fakta palsu.
Saya digalakkan hands on (bekerja menyentuh sendiri pekerjaan pekerja bawahan) setiap hari jika ada kelapangan. Dengan melakukan sendiri, kita tahu masalah, kesilapan pekerja dan cara meningkatkan kualiti. Pekerja lebur besi, kita juga wajib tahu masak besi. Mereka tahu buan acuan pasir, kita juga wajib tahu selok belok buat acuan pasir.
Saya diajar untuk berjalan laju dan pantas, jangan buang masa dengan perkara yang menyebabkan gaji manjadi tidak HALAL….
Walaupun kilang adalah lokasi yang memotivasikan pekerja atas nilai kebendan sahaja, ia juga mampu menjadi medan latihan progresif, efisyen, kompeten, mapan, tidak memberi alasan can mencipta halangan untuk diri sendiri.
Negara, bangsa dan ummah hanya akan maju dan kekal survivalnya jika ramai manusia yang mengamalkan sikap progresif, produktif (ada hasil bukan sampah masyarakat), menjadi orang yang tidak suka khabar angin dan fitnah. Jika orang bertanya kepada saya adakah kilang tiada ‘’life’’ ? Terkongkong? Tidak selesa berbanding kerja kerajaan? Saya akan jawab secara ‘çash’ bahawa tanggapan anda salah. Kilang boleh melahirkan individu berdisiplin, amanah dan kerja secara jujur jika pekerja mahu berfikir secara positif. Apalah guna ada gaji dan bonus berkati-kati, pencen beribu-ribu jika melayan pelanggan di kaunter awam secara biadab dan tidak efisyen.
Jauh bezanya kerja dengan pihak yang tidak akan membuang pekerja (sekadar tukar akan kurangkan kenaikan gaji), dengan pihak yang akan buang pekerja jika bekerja secara culas dan tidak beretika.
0 comments:
Post a Comment