Dahulu bertugas sebagai Metallurgist di sebuah kilang swasta antarabangsa di Ipoh. Pengkhususan tugas dalam bidang 'melting' perleburan keluli dan besi, rawatan haba (heat treatment), failure analysis (kajian kegagalan logam).

Kemudian bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang magnesium smelting, bertanggungjawab dalam pengawalan proses utiliti dalam seksyen boiler (dandang),
jet vacuum pump, LPG dan compressed air system.

Kembali ke kilang lama sebagai Moulding Engineer (Head Of Department).....dunia logam dunia kerja saya...

Selepas itu berhijrah ke dunia Elektrokimia sebagai Production Engineer di Yuasa Battery. Masih dalam bidang metalurgi iaitu mendalami tabiat plumbum dan beberapa logam seperti antimoni dan Tin.

Menyediakan laman ini untuk bekalan bahan kajian dan bacaan kejuruteraan logam dalam bahasa melayu. Menjunjung aspirasi kejayaan tamadun negara bangsa melalui penataran bahasa eka, Metalurgis-Melayu akan bekerja ke arah itu. Terdapat mungkin beberapa laopran kerja saya akan diubah bahasa daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Moga ia dimanfaatkan.

Tuesday, October 20, 2009

Mengenali proses Oxy Cut dan Deeping


Mengenali proses Oxy Cut dan Deeping

Muhammad Nuruddin Bashah

Bc Hons Enginering (material) UM

Dalam usaha perleburan low alloy steel, perkara yang paling merungsingkan adalah pengawalan karbon dalam spesifikasinya. Jika tersalah gaya, karbon akan hilang teroksida begitu sahaja.

Jika memasak Low alloy steel, selalunya akan berlaku proses ‘Oxy Cut’ iaitu proses memotong besi-besi skrap dalam furnace yang masih tersisa kepejalannya dan ia perlu dicairkan segera. Proses Oxy Cut adalah mirip juga dengan proses ‘boiling’ iaitu menggunakan paip oxy lance serta menggunakan oksigen dengan tekanan tinggi. Cuma cara memasukkan oxy lance tersebut berbeza. Boiling adalah melalui cara memasukkan oxy lance sepanjang 1 kaki. Manakala proses oxy cut hanyalah menghalakan oxy lance ke pintu furnace dan menuju terus ke arah besi skrap yang belum cukup lebur.

Baik, kadangkala berlaku keadaan potong melampau, iaitu proses oxy cut dilakukan secara berlebihan. Apa natijahnya? Mestilah carbon banyak hilang. Kandungan biasa karbon yang perlu ada sebelum proses boiling adalah sekitar 0.28 – 0.30% Karbon. Jika potong melampau, tinggallah 0.09% karbon contohnya. Semestinyalah karbon perlu ditambah semula.

Untuk menambah karbon semula, kaedah umum digunakan adalah electrode deep iaitu merendam elektrod selama beberapa minit (seminit boleh meningkatkan hampir 0.05% karbon) pada suhu 1580 C dan suis elektrik furnace itu ditutup untuk deeping berlaku.

Sebelum deeping dilakukan, silikon perlu ditambah ke dalam furnace untuk menghalang lebih banyak karbon hilang. Ingat, antara silicon dan karbon, silikon lebih mudah teroksida. Jadi ia menjadi penghalang kehilangan karbon. Sebab itulah kita gelar proses tambah silikon ini sebagai ‘block’.

Ini adalah gambar roof (bumbung) furnace dibuka dengan kelihatan 3 batang elektrod yang sedang merah membara. Muncung depan itu pula adalah taping hole dimana proses tuang besi ke ladle berlaku.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Engineering Blogger

Template Design | Elque 2007