Dahulu bertugas sebagai Metallurgist di sebuah kilang swasta antarabangsa di Ipoh. Pengkhususan tugas dalam bidang 'melting' perleburan keluli dan besi, rawatan haba (heat treatment), failure analysis (kajian kegagalan logam).

Kemudian bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang magnesium smelting, bertanggungjawab dalam pengawalan proses utiliti dalam seksyen boiler (dandang),
jet vacuum pump, LPG dan compressed air system.

Kembali ke kilang lama sebagai Moulding Engineer (Head Of Department).....dunia logam dunia kerja saya...

Selepas itu berhijrah ke dunia Elektrokimia sebagai Production Engineer di Yuasa Battery. Masih dalam bidang metalurgi iaitu mendalami tabiat plumbum dan beberapa logam seperti antimoni dan Tin.

Menyediakan laman ini untuk bekalan bahan kajian dan bacaan kejuruteraan logam dalam bahasa melayu. Menjunjung aspirasi kejayaan tamadun negara bangsa melalui penataran bahasa eka, Metalurgis-Melayu akan bekerja ke arah itu. Terdapat mungkin beberapa laopran kerja saya akan diubah bahasa daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Moga ia dimanfaatkan.
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

Pekerja asing 1.8 juta di Malaysia; salah pekerja sendiri

Pekerja asing 1.8 juta di Malaysia; salah pekerja sendiri

Hari ini kita didedahkan bahawa jumlah pekerja asing di Negara kita adalah seramai 1.8 juta orang pada tahun lepas. Malah aliran wang keluar akibat pembayaran gaji kepada warga asing tersebut adalah sehingga RM 12.2 billion ( Bernama 17 Mac 2010).

Jika diintai daripada dimensi dunia industri, sememangnya terlalu banyak majikan dan pemilik kilang-kilang berminat menggajikan warga asing berbanding warga tempatan atau warganegara sendiri.

Walaupun ia dilihat sebagai tidak etnosentrik, tidak mengutamakan rakyat sendiri malah tidak membantu negara mengawal aliran wag keluar, daripada sudut lain majikan selalunya membuat keputusan berdasarkan pandang mikro mereka sendiri. Realiti kilang di Malaysia yang terutamanya tergolong dalam sektor pembuatan (manufacturing) dan fabrication memerlukan pelerja di ‘line’ kerja yang pantas, tepat dan berdisiplin tinggi.

Terserlah juga betapa warga tempatan kita kurang berdisiplin dalam masa yang sama menuntut gaji yang lebih berbanding warga asing. Ini memanglah sejajar dengan tuntutan semasa rakyat negara ini denga gaji yang mereka tuntut. Namun begitu persepsi malas dan kurang berdisiplin masih lagi terpahat kukuh pada pandangan ramai majikan. Ini sedikit sebanyak juga disebabkan sikap anak tempatan kita dalam bekerja.

Bila ada warga asing bekerja selalunya pekerja tempatan akan terus mendikotomi mereka sebagai golongan yang bermasalah, ingin tunjuk lagak di negara ini atau datang untuk jadi juara di kalangan anak tempatan. Sikap ini terlalu acap berlaku dan menampilkan kecetekan sebilangan besar pekerja tempatan kita. Malah lebih buruk bila ada yang mula membuli dan ‘mengulat’ semasa bekerja akibat rajinnya warga asing.

Disamping kerajaan perlu mengadakan perbincangan lanjut dengan para majikan bagaimana pengurusan ekonomi industri perlu dimapankan untuk mengurangkan keperluan pengambilan warga asing, pekerja tempatan kita juga perlu mengubah sikap. Sikap individulah yang membina persepsi umum di negara ini dan natijahnya….RM 12.2 billion keluar daripada takungan ekonomi negara.

Muhammad Nuruddin Bashah

Production Engineer

Sunday, October 4, 2009

Bangunan Runtuh - kecuaian kejuruteraan?

Siasat jika ada kecuaian kejuruteraan !

IPOH 2 Okt. - Dua lelaki terbunuh manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta mereka dihempap sebuah bangunan lama yang sedang dalam proses untuk dirobohkan di Jalan Kamaruddin Isa berhampiran Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada kira-kira 9.30 malam ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Zulkifli Abdullah berkata dua mangsa yang terbunuh adalah penumpang kereta berkenaan.

"Pemandu kereta berkenaan cedera parah dan telah dimasukkan ke hospital," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Identiti kesemua mangsa belum diketahui tetapi kesemuanya lelaki Melayu berusia dalam lingkungan 20-an.

Pemandu dan penumpang tiga buah kereta lain terselamat dan kereta hanya mengalami kerosakan akibat terkena serpihan batu runtuhan bangunan berkenaan.

Zulkfili berkata, polis sedang menyiasat punca runtuhan berkenaan dan juga sama ada kerja merobohkan bangunan itu sedang dijalankan semasa kejadian. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Engineering Blogger

Template Design | Elque 2007