Dahulu bertugas sebagai Metallurgist di sebuah kilang swasta antarabangsa di Ipoh. Pengkhususan tugas dalam bidang 'melting' perleburan keluli dan besi, rawatan haba (heat treatment), failure analysis (kajian kegagalan logam).
Kemudian bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang magnesium smelting, bertanggungjawab dalam pengawalan proses utiliti dalam seksyen boiler (dandang), jet vacuum pump, LPG dan compressed air system.
Kembali ke kilang lama sebagai Moulding Engineer (Head Of Department).....dunia logam dunia kerja saya...
Selepas itu berhijrah ke dunia Elektrokimia sebagai Production Engineer di Yuasa Battery. Masih dalam bidang metalurgi iaitu mendalami tabiat plumbum dan beberapa logam seperti antimoni dan Tin.
Menyediakan laman ini untuk bekalan bahan kajian dan bacaan kejuruteraan logam dalam bahasa melayu. Menjunjung aspirasi kejayaan tamadun negara bangsa melalui penataran bahasa eka, Metalurgis-Melayu akan bekerja ke arah itu. Terdapat mungkin beberapa laopran kerja saya akan diubah bahasa daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Moga ia dimanfaatkan.
2 comments:
Salam tuan blog. Saya berminat dgn bahan yang dikongsikan dalam blog ini. Saya berharap tuan blog dapat memperbaiki format tulisan yang digunakan supaya menjadi seragam dan mudah dibaca bagi memudahkan para pembaca memahami maksud yang ingin disampaikan. Sentiasa update selalu ya. Thanks for the sharing ! I'm really appreciate it :)
Sedikit perkongsian.. Jika kerapuhan ini berlaku (failure case), jenis permukaan patah (fracture surface) adalah intergranular crack propagation. ini disebabkan segregation impurities tertentu seperti Sb,P,Sn dll di austenitic grain boundary semasa heat treatment.. Unsur ini boleh didapati berada di grain boundary dengan menggunakan method surface analysis spt XPS.. sekian.. (baru dapat case ni)
Post a Comment