Dahulu bertugas sebagai Metallurgist di sebuah kilang swasta antarabangsa di Ipoh. Pengkhususan tugas dalam bidang 'melting' perleburan keluli dan besi, rawatan haba (heat treatment), failure analysis (kajian kegagalan logam).

Kemudian bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang magnesium smelting, bertanggungjawab dalam pengawalan proses utiliti dalam seksyen boiler (dandang),
jet vacuum pump, LPG dan compressed air system.

Kembali ke kilang lama sebagai Moulding Engineer (Head Of Department).....dunia logam dunia kerja saya...

Selepas itu berhijrah ke dunia Elektrokimia sebagai Production Engineer di Yuasa Battery. Masih dalam bidang metalurgi iaitu mendalami tabiat plumbum dan beberapa logam seperti antimoni dan Tin.

Menyediakan laman ini untuk bekalan bahan kajian dan bacaan kejuruteraan logam dalam bahasa melayu. Menjunjung aspirasi kejayaan tamadun negara bangsa melalui penataran bahasa eka, Metalurgis-Melayu akan bekerja ke arah itu. Terdapat mungkin beberapa laopran kerja saya akan diubah bahasa daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Moga ia dimanfaatkan.

Wednesday, May 26, 2010

Proses pemanasan awal dandang (fire up)

Sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog ini.

Sejak 2-3 minggu kebelakangan ini, saya agak sibuk menyediakan persispan untuk pemanasan batu-batu pada waste heat boiler di kilang tempat saya bekerja. Bekerja dalam seksyen ini memerlukan saya untuk mengasah kemahiran dalam ilmu termodinamik yang suatu ketika dahulu diabaikan saya. Istilah engin karnot, dan heat transfer adalah istilah yang tidak dapat dilihat dengan mata. Perlu digambarkan. Tetapi apabila bekerja, teori hukum termodinamik dan keabadian tenaga menjelma dalam bentuk sistem boiler yang besar di hadapan saya.

Boiler kilang saya berfungsi mengambil tenaga haba daripada angin panas buangan daripada rotary kiln (proses calcining) sepanas 600 C.

Haba itu akan melalui binaan boiler dan akan memanaskan air dalam boiler. Stim yang terhasil akan dipindah untuk menjana vakum dalam steam jet pump yang juga di dalam seliaan saya.

Jadi haba angin panas akan berkurangan dan udara panas yang keluar ke cerobong asap akan menjadi lebih sejuk.

Dinding boiler perlu dipanaskan untuk proses brick sweating. Ya, melalui pembakaran api kecil menggunakan kayu api, api itu mampu mengeluarkan lembapan dalam batu bata binaan boiler tersebut. batu yang digunakan adalah batu magnesite (megnesium oksida) yang tahan panas.

Dahulu semasa bekerja di kilang perleburan besi (casting) batu ini juga adalah salah satu spec bagi electric ark furnace untuk tujuan inner lining.

Proses fire up ini memakan masa 10 hari. Ini bidang baru dalam keilmuan kejuruteraan saya. sebab itu saya mengambil kesempatan menyusun pekerja dan strategi untuk proses pemanasan ini, kerana lain jenis boiler, lain teknik pembakarannya.

Yang penting JANGAN panaskan batu yang berdekatan dengan tiub economyzer....mesti bengkok dan lebur nanti.

Pastikan boiler terisi penuh dengan air dan pastikan ada aliran automatik blow down untuk elak tekanan dalaman steam drum jika api terlalu panas atau buka sahaja main outlet steam valve untuk pastikan udara panas atau stim (jika terhasil) dapat bebas kerana sepanjang pemanasan batu selalunya tiada kemasukan air dilakukan (water feed).

Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera Pengeluaran



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Engineering Blogger

Template Design | Elque 2007