Dahulu bertugas sebagai Metallurgist di sebuah kilang swasta antarabangsa di Ipoh. Pengkhususan tugas dalam bidang 'melting' perleburan keluli dan besi, rawatan haba (heat treatment), failure analysis (kajian kegagalan logam).

Kemudian bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang magnesium smelting, bertanggungjawab dalam pengawalan proses utiliti dalam seksyen boiler (dandang),
jet vacuum pump, LPG dan compressed air system.

Kembali ke kilang lama sebagai Moulding Engineer (Head Of Department).....dunia logam dunia kerja saya...

Selepas itu berhijrah ke dunia Elektrokimia sebagai Production Engineer di Yuasa Battery. Masih dalam bidang metalurgi iaitu mendalami tabiat plumbum dan beberapa logam seperti antimoni dan Tin.

Menyediakan laman ini untuk bekalan bahan kajian dan bacaan kejuruteraan logam dalam bahasa melayu. Menjunjung aspirasi kejayaan tamadun negara bangsa melalui penataran bahasa eka, Metalurgis-Melayu akan bekerja ke arah itu. Terdapat mungkin beberapa laopran kerja saya akan diubah bahasa daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Moga ia dimanfaatkan.

Tuesday, March 9, 2010

Sehari mengecat cerobong asap

Sehari mengecat cerobong asap

Hari ini saya diminta membantu jurutera Rotary Kiln di kilang saya untuk mengecat cerobong asap besar (Chimney) yang kedua di kilang saya bertugas.

Chimney ini adalah yang kedua hasil tangan saya dan beberapa pekerja bawah saya (merangkap kawan karib saya). Kami 4 orang cat menggunakan cat aluminium yang kalis haba dan karat serta menggunakan berus roller sahaja. Cat aluminum senang dan laju untuk diselesaikan.

Jika dilihat secara kasar, memang agak bodoh jika jurutera cat sendiri Chimney kilang. Biar sahaja pekerja selesaikan, kita Cuma letak tangan di pinggang perhatikan sahaja. Tetapi kaedah saya menghayati konsep sains berbeza. Semasa saya mengambil keputusan untuk membantu pekerja saya cat, saya memikirkan teknologi kakisan yang saya telah telaah baru baru ini.

Dengan ‘hands on’ saya lebih menghayati teori umum. Jika orang awam tanya saya apa yang saya sedang lakukan, saya akan jawab, saya sedang mengecat.

Jika jurutera bertanya kepada saya, saya akan jawab, saya sedang melakukan salah satu kaedah protektif kakisan atau selalu disebut oleh orang melayu sebagai kaedah anti karat. Kaedah protektif yang saya gunakan adalah salah satu daripada beberapa teknik ‘coating’ iaitu mengecat (painting). Apa hakikat cat? Saya akan jelaskan lagi cat adalah teknik memisahkan permukaan logam dengan persekitaran (environment) yang mana ia memutuskan aliran elektrik anod dan katod yang menyebabkan kakisan pada permukaan logam. Kakisan (corrosion) yang selalu berlaku terhadap keluli ialah karat (rusting) iaitu sebatian ferum oksida.

Kakisan pada keluli adalah pengoksidaan secara elektrokimia di mana oksigen memainkan peranan membina sebatian oksida. Sebatian yang terhasil iaitu besi oksida dalam contoh karat yang terhasil. Ingat kakisan bukan karat sahaja. Kakisan juga berlaku pada polimer dan plastik dalam situasi yang berbeza.

Karat pula adalaaah bahasa umuuum bagi sebatian oksida besi seperti Fe(OH)2, Fe(OH)3, FeO(OH), Fe2O3.H2O yang terhasil semasa pengaratan keluli.

Hasil utama karat ialah sebatian berwarna merah yang dinamakan Fe2O3.

1) Penganodan logam oleh pelarut seperti air.

Fe -----> Fe2+ + 2e-

2) Penurunan katod oleh oksiden pada pelarut.

O2 + 2H2O + 4e- ----> 4OH-

Hasilnya adalah:

Fe2+ + 2OH- -----> Fe(OH)2

Oksida ini akan berinteraksi pula dengan oksigen lagi untuk menghasilkan sebatian karat merah. Fe2O3.H2O

Bayangkan semasa saya mengecat saya juga membayangkan bagaimana cat pertama dicipta pada era 1800an semasa Revolusi Perindustrian Britain, di mana tar dijadikan cat kapal-kapal British. Saya cuba bayangkan warnanya, betapa sukarnya mengecat menggunakan tar serta sejauhmana tar boleh bertahan dengan kandungan air masin yang mungkin menghakis lapisan cat itu. Sudah tentu pada waktu itu tiada teknologi mencipta vehicle iaitu pelarut yang menghasilkan lapisan selepas cat dicatkan, tiada teknologi mencipta pigment iaitu bahan yang menghalang proses elektokimia karat serta tiada lagi wujud additive dan filler yang mempercepatkan pengeringan cat serta membuatkan cat tahan lama.

Untuk rujukan jurutera, standard yang selalu menjadi rujukan untuk bidang pengecatan anti karat/kakisan adalah Steel Structures Painting Council (SSPC) dan NACE International. Dua standard ini akan dibincang pada siri tulisa saya yang akan datang.

Muhammad Nuruddin Bashah

Production Engineer


10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara.. saya tertarik dengan blog saudara ini.. untuk pengetahuan saudara saya merupakan elajar lepasan spm. sy ditawarkan diploma kejuruteraan metalurgi di unimap.. sy sebagai seorang pelajar masih ragu2 dengan kursus ini.. sy minta pendapat saudara tetang kejuruteraan metalurgi ini.. bagaimana pula dengan pekerjaan dalam bidang ini? adakah kejuruteraan metalurgi ini mempunyai peluang pekerjaan yang bnyak??

Carlos Valderama said...

Di UniMAP, Bidang Kejuruteraan Metalurgi adalah salah satu program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian kejuruteraan Bahan. Hanya UniMAP sahaja yang menawarkan kursus ini.

Secara umumnya adik boleh mencari maklumat berkenaan "metallurgy" daripada mana-mana sumber internet.

Untuk pengetahuan adik, industri dinegara kita memang memerlukan pekerja2 berkemahiran tinggi dalam bidang metallurgi ini terutama dalam bidang pembuatan termasuk di Proton, Modenas, kilang2 automotif, kilang pengekstrakkan logam (seperti tempat En Nuruddin bekerja), industri minyak dan gas (saya merupakan selalu sahaja dilantik sebagai consultant metallugi bagi Petronas, Shell dan xxon Mobil) dan lain-lain lagi. Memandang bidang Metallurgi amat diperlukan oleh industri2 di Malaysia, maka semua pelajar diploma dan ijazah tidak ada yang tidak mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Harap dapat membantu adik
Sekian

Muhammad Nuruddin said...

Juga anda boleh bekerja di kilang perleburan aloi atau perleburan keluli. Malah ada banyak juga syarikat pengedar aloi mentah untuk pereleburan besi dan keluli seperti aloi ferrosilikon, ferromanganese dan chromium, mengambil pekerja dari lapangan mekanikal, bahan dan metalurgi untuk analisa dan pengesahan komposisi kimia. DUnia metalurgi amat menarik, walaupun saya telah tidak bekerja dalam bidang peerleburan keluli, saya masih membaca dan mengkaji bidang ini.

Fareed Shaqueer said...

Nuruddin,pendekatan yang sangat mantap,santai tapi memang belajar dari persekitaran pekerjaan anda,bakal pelajar dan pensyarah dan 'otai' dari industri turut memberikan pandangan..

Faryd Syakirin
Ex Metallurgical Eng UniMAP 03-07
Jurutera Kakisan

jihadin82 said...

Terima kasih kepada semua komen. sekarang saya kembali ke dunia casting. walaupun mengurus produksi sand Mould, saya juga masih bertindak meyumbang idea dan laporan untuk falure analysis yang dilakukan oleh pihak Lab dan QA Engineer. Belajar dalam bidang metalurgical dengan bekerja dengan gelaran Metalurgis agak jauh berbeza walaupun asasnya sama....metalurgis kilang ada 1001 parameter yang perlu difikirkan disamping meneliti aspek costing, effisien, kehendak pelanggan, safety dan alam sekitar. banyak kena tahu....realiti industri boleh membentuk sikap da disiplin pekerja serta jurutera...terpulang kepada pekerja belajar dengan suasana kerja....

Fareed Shaqueer said...

Betul tu,kejayaan menggarapkan ilmu metalurgi ni tidak terletak pada tahap pengetahuan kita semasa belajar,sebaliknya pada ilmu yang kita peroleh dan yang digunakan semasa bekerja..Metalurgis,adalah gelaran yang cukup besar..Metalurgis tidak semestinya belajar dlm bidang metalurgical (masa pengajian tinggi)semata2,tp insan yang bisa menghuraikan fenomena yang berlaku,menganalisis seluruh persekitarannya yang mempengaruhi kebolehan dan kegagalan suatu unsur logam itu sendiri =)

Unknown said...

salam.encik nuruddin saya nak tanye dekat petronas ade tak keje dlm bidang ni

Anonymous said...

saya ada terbaca satu artikel yang mengatakan kursus metalurgi di unimap tak di iktiraf, saya dapat course tu utk kemasukan lepasan spm tahun 2014. harap dapat respond, ragu ragu nak pergi atau tak T.T

Chek Schazana S.M.K.C said...

Assalamualaikum . slalu nya kita amik course ni diploma then smbg ijazah jobs dtg sndr or cr sndr ea . saya ad dpt dekat unimap diplome metalurgi .

Abu Zack said...

Salam Anonymous May 6 2015..ya btul tu diploma kejuruteraan metalurgi di unimap tidak diiktiraf Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM)...gaji yg anda terima nanti akan berbeza dari yg diiktiraf..lg pun cuma unimap saja yg menawarkn bidang metalurgi ni..utk kebaikan anda sebaiknya sambung la bljr ke ijazah sarjana muda kejuruteraan bahan ya utk mendapat pekerjaan yg baik.. apa pun tahniah ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Engineering Blogger

Template Design | Elque 2007