Dahulu bertugas sebagai Metallurgist di sebuah kilang swasta antarabangsa di Ipoh. Pengkhususan tugas dalam bidang 'melting' perleburan keluli dan besi, rawatan haba (heat treatment), failure analysis (kajian kegagalan logam).

Kemudian bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang magnesium smelting, bertanggungjawab dalam pengawalan proses utiliti dalam seksyen boiler (dandang),
jet vacuum pump, LPG dan compressed air system.

Kembali ke kilang lama sebagai Moulding Engineer (Head Of Department).....dunia logam dunia kerja saya...

Selepas itu berhijrah ke dunia Elektrokimia sebagai Production Engineer di Yuasa Battery. Masih dalam bidang metalurgi iaitu mendalami tabiat plumbum dan beberapa logam seperti antimoni dan Tin.

Menyediakan laman ini untuk bekalan bahan kajian dan bacaan kejuruteraan logam dalam bahasa melayu. Menjunjung aspirasi kejayaan tamadun negara bangsa melalui penataran bahasa eka, Metalurgis-Melayu akan bekerja ke arah itu. Terdapat mungkin beberapa laopran kerja saya akan diubah bahasa daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Moga ia dimanfaatkan.

Tuesday, January 5, 2010

Jurutera melayu Pertama!

Kini saya memulakan kerja sebagai Production Engineer di sebuah kilang smelting Magnesium.

Saya mengambil peluang kali ini untuk mempelajari beberapa konsep mekanikal yang belum saya kuasai. sebenarnya saya boleh dikatakan hanya berpengetahuan 10% dalam bidang mekanikal. Bukan sahaja tidak minat malah bukan juga jurusan saya.

Teknologi smelting magnesium (pengekstrakan) adalah teknologi yang dahulunya dikuasai oleh Amerika dan Israel. Kini teknologi ini kian subur di China memandangkan China memiliki sumber mineral paling besar, buruh yang murah serta bahan bakar arang batu yang banyak.

Kilang ini yang menggunakan teknologi China-Hong Kong adalah satu-satunya di seluruh Asia Tenggara.

Di Malaysia hanya disini menjalankan kerja pengekstrakan dan perlombongan magnesium walaupun banyak kilang casting menggunakan magnesium sebagai bahan tambahan mereka.

Di kilang ini pula saya adalah satu-satunya jurutera melayu yang bertugas di bidang produksi. Ada seorang lagi melayu perempuan yang bertugas bahagian penganalisaan kimi tetapi ia lebih kepada tugasan 'Chemist'.

Jika begitu saya berasa bertuah kerana menjadi salah seorang perintis teknologi magnesium di Malaysia dan saya mewakili jurutera melayu di kilang ini. Batch jurutera kami adalah yang pertama...

Rasanya adalah wajib untuk saya mendalami dan faham berkaitan segala proses yang terlibat di kilang ini sekaligus generasi jurutera Islam muda yang bakal muncul.

Sikap metalurgis belum padam dalam jiwa saya. Saya kini cuba pula mengkaji sifat magnesium yang sesuai dijadikan agen penyah sulfuran (defsulfurization) dalam proses perleburan keluli. Hal ini kerana magnesium adalah sekumpulan dengan kalsium yang sekian lama dijadikan agen penyah sulfur. kajian ini belum selesai dan bakal dikongsi bersama kelak.

Sekian dahulu cerita saya.

1 comments:

man ufti said...

Salam, di fhmkn smasa penghuraian akn mgnesium ini mghasilkan dioxily, furison, hbc dan pcb yg akn srap mlalui udaran dn air. Di manan dlm jgkapjg ianya akn mghasilkan kanser, mndul dll pykit yg sukar di ubati.
Mhon pnjlasn lnjt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Engineering Blogger

Template Design | Elque 2007