Dahulu bertugas sebagai Metallurgist di sebuah kilang swasta antarabangsa di Ipoh. Pengkhususan tugas dalam bidang 'melting' perleburan keluli dan besi, rawatan haba (heat treatment), failure analysis (kajian kegagalan logam).

Kemudian bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang magnesium smelting, bertanggungjawab dalam pengawalan proses utiliti dalam seksyen boiler (dandang),
jet vacuum pump, LPG dan compressed air system.

Kembali ke kilang lama sebagai Moulding Engineer (Head Of Department).....dunia logam dunia kerja saya...

Selepas itu berhijrah ke dunia Elektrokimia sebagai Production Engineer di Yuasa Battery. Masih dalam bidang metalurgi iaitu mendalami tabiat plumbum dan beberapa logam seperti antimoni dan Tin.

Menyediakan laman ini untuk bekalan bahan kajian dan bacaan kejuruteraan logam dalam bahasa melayu. Menjunjung aspirasi kejayaan tamadun negara bangsa melalui penataran bahasa eka, Metalurgis-Melayu akan bekerja ke arah itu. Terdapat mungkin beberapa laopran kerja saya akan diubah bahasa daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Moga ia dimanfaatkan.

Tuesday, November 29, 2011

Isu keselamatan isu kita....

Salam Din....

2 minggu aku keje tempat baru bnyk pengalaman baru aku belaja. Kat cni safety is priority. Production no 2. kalau tak ikut peraturan safety ble diambil tindakan keras. Safety kat sini bukan sebab semata mata nak comply regulation or takut kan DOSH. tapi management terapkan safety tu sebagai amalan sepanjang mase dan bukan di tempat kerje sahaja. Nak dekat raye management akan mengadakan ceramah pemanduan selamat balik kampung. Semua ni pun sebab management commitment. bile meeting mesti bos akan tanye pasal safety. Seiap bulan setiap pekerja mesti isu satu safety observation report dan setiap staff mesti menjalankan safety audit setiap bulan. Setakat ni kilang ni dah mencapai 8 tahun tanpa kecederaan yg menyebabkan pekerje MC.

kat sini management trust pekerje. sebagai contoh pekerja tak perlu punch card. Walaupun tak punch card, tapi pekerje berdisiplin.

kat cni takde pekeje yg title sbgi QC inspector. operator yg bertanggungjawab dengan quality.

----------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan diatas telah dimesej oleh sahabat saya melalui FB selepas beberapa minggu berhijrah ke kilang lain di Kuala Lumpur.

Isu keselamatan dan kualiti adalah isu yang perlu diterap dan dibudayakan bukan sekadar untuk memenuhi syarat-syarat kerajaan.

Bolehkah majikan amalkan sepertimana yang sahabat saya nyatakan? Tentulah boleh jika si opengurus dan pemilik syarikat terdidik, dilatih dan berpendidikan sewajarnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Engineering Blogger

Template Design | Elque 2007