Dahulu bertugas sebagai Metallurgist di sebuah kilang swasta antarabangsa di Ipoh. Pengkhususan tugas dalam bidang 'melting' perleburan keluli dan besi, rawatan haba (heat treatment), failure analysis (kajian kegagalan logam).

Kemudian bertugas sebagai jurutera di sebuah kilang magnesium smelting, bertanggungjawab dalam pengawalan proses utiliti dalam seksyen boiler (dandang),
jet vacuum pump, LPG dan compressed air system.

Kembali ke kilang lama sebagai Moulding Engineer (Head Of Department).....dunia logam dunia kerja saya...

Selepas itu berhijrah ke dunia Elektrokimia sebagai Production Engineer di Yuasa Battery. Masih dalam bidang metalurgi iaitu mendalami tabiat plumbum dan beberapa logam seperti antimoni dan Tin.

Menyediakan laman ini untuk bekalan bahan kajian dan bacaan kejuruteraan logam dalam bahasa melayu. Menjunjung aspirasi kejayaan tamadun negara bangsa melalui penataran bahasa eka, Metalurgis-Melayu akan bekerja ke arah itu. Terdapat mungkin beberapa laopran kerja saya akan diubah bahasa daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Moga ia dimanfaatkan.

Saturday, January 30, 2010

Sekitar kerja di kilang tak siap

Proses pemasangan tapak Chimney atas platform batu.

Ini lah cerobong asap (Chimney) yang berjaya saya cat. Proses pemasangan dilakukan menggunakan 2 kren.
Tengah pump air bertakung. Tempat ini akan dipasang enjin besar.

Engineer melayu pertama kilang magnesium pertama asia tenggara...nampak macam riak, tapi ini obligasi besar..terus berusaha!!!

Dunia material di kilang Magnesium

Lama jugak saya tidak berpeluang kemaskini blog ini.

Setakat sekarang saya masih dalam fasa permulaan dalam bidang baru di Kilang smelting Magnesium ini. Malah masih dalam fasa pembinaan.

Seperti bekerja di kilang lama, sayaa masih kekalkan sikap hands on untuk menimba pengalaman dan mengetahui selok belok persiapan sebuah kilang baru. Namun begitu, saya masih kecewa kerana hampir 80% dokumen mereka bertulisan China kerana disediakan oleh para jurutera China sendiri.

Walaupun belum ada skop kerja sekurangnya saya kini mahir mengepam air takung buang ke dalam longkan dengan menggunakan pam sederhana besar. Jadi buruh jugalah dalam sebulan ini. Mungkin berbangga juga keranaa cerobong asap besar kilang ini (Chimney) telah dicat oleh saya sendiri bersama 3 lagi operator yang setia bersama saya. Chimney dah naik. dari jauh nampak itulah hasil tangan saya mengecat dengan cat aluminum tahan karat dan tahan haba.

Saya kini bersahabat dengan Uncle Chandran. Beliau adalah Boiler man gred 2 kilang ini. Saya ingin belajar bagaimana mengawal dan menyelia boiler daripada beliau. Uncle Chandran janji akan berikan buku nota dan bahan bacaan yang beliau ada sepanjang mengambil kursus Boilerman.

Di sini lebih banyak aplikasi mekanikal daripada material.

Apa yang dapat saya lakukan untuk terus begeluman dengan dunia logam dan material, saya masih kekalkan membaca buku dan kertas kerja material setiap hari walaupun saya tengah berpeluh bekerja. Tak kira tempat, dengan sebuah beg kecil di badan, saya membawa bahan bacan jurutera di mana saya berada.

Saya juga ingin konsisten menyumbang makalah kejuruteraan bahan ke Dewan Kosmik. Selain dapaat imbuhan, saya berjaya kekalkan minda dan ingatan saya dalam bidang saya sendiri.

Dunia logam dan dunia material memang menarik. Lagi menarik jika anda tidak lupa langsung apa yang anda belajar....

Tuesday, January 5, 2010

Jurutera melayu Pertama!

Kini saya memulakan kerja sebagai Production Engineer di sebuah kilang smelting Magnesium.

Saya mengambil peluang kali ini untuk mempelajari beberapa konsep mekanikal yang belum saya kuasai. sebenarnya saya boleh dikatakan hanya berpengetahuan 10% dalam bidang mekanikal. Bukan sahaja tidak minat malah bukan juga jurusan saya.

Teknologi smelting magnesium (pengekstrakan) adalah teknologi yang dahulunya dikuasai oleh Amerika dan Israel. Kini teknologi ini kian subur di China memandangkan China memiliki sumber mineral paling besar, buruh yang murah serta bahan bakar arang batu yang banyak.

Kilang ini yang menggunakan teknologi China-Hong Kong adalah satu-satunya di seluruh Asia Tenggara.

Di Malaysia hanya disini menjalankan kerja pengekstrakan dan perlombongan magnesium walaupun banyak kilang casting menggunakan magnesium sebagai bahan tambahan mereka.

Di kilang ini pula saya adalah satu-satunya jurutera melayu yang bertugas di bidang produksi. Ada seorang lagi melayu perempuan yang bertugas bahagian penganalisaan kimi tetapi ia lebih kepada tugasan 'Chemist'.

Jika begitu saya berasa bertuah kerana menjadi salah seorang perintis teknologi magnesium di Malaysia dan saya mewakili jurutera melayu di kilang ini. Batch jurutera kami adalah yang pertama...

Rasanya adalah wajib untuk saya mendalami dan faham berkaitan segala proses yang terlibat di kilang ini sekaligus generasi jurutera Islam muda yang bakal muncul.

Sikap metalurgis belum padam dalam jiwa saya. Saya kini cuba pula mengkaji sifat magnesium yang sesuai dijadikan agen penyah sulfuran (defsulfurization) dalam proses perleburan keluli. Hal ini kerana magnesium adalah sekumpulan dengan kalsium yang sekian lama dijadikan agen penyah sulfur. kajian ini belum selesai dan bakal dikongsi bersama kelak.

Sekian dahulu cerita saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Engineering Blogger

Template Design | Elque 2007